MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Jun 26, 2025

ANGKARA JIN ASYIK!

 


Derita diganggu sejak bujang, lepas kahwin minta cerai setiap hari angkara jin asyik! Selesai rawatan baru ibu dedah keturunan


Sumber : <<<Mistik>>>
Mei 29, 2025

ANGKARA JIN ASYIK!

GANGGUAN makhluk halus seperti saka bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh.

Sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini, dia berkongsi bagaimana peritnya penderitaan yang dialami gara-gara terkena gangguan jin asyik.

Menerusi satu perkongsian di laman sosial, wanita yang dikenali sebaga@minazaini berkata, gangguan tersebut dialaminya sejak bujang dan berlanjutan selepas dia mendirikan rumah tangga.

"Sebelum ni aku dan suami pernah berubat dengan seorang ustaz. Katanya kami kena sihir pemisah, sihir yang buat suami isteri bergaduh, benci dan renggang.

Jun 25, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA

 


SBDJ (JILID 1) : EP22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA

kedalam ikut jendela yang terdedah. Angin berhenti bertiup. Diganti dengan titik hujan. Saya tidak tahu kenapa badan saya berpeluh.

Kepala saya bagaikan di jamah orang. Ada benda sejuk menyentuh pipi saya, sejuknya bukan kepalang macam hidung orang mati. Saya menepis, tidak ada yang kena sasaran. Saya hanya menepis angin. Tibatiba pintu bilik diketuk orang. Datuk melompat dari atas katil dan membuka pintu.

Jun 24, 2025

KOLAM TUA DIPINGGIR KG.SERI BAYU

 


 KOLAM TUA DIPINGGIR KG.SERI BAYU

Kampung Seri Bayu terletak jauh di pedalaman. Dikelilingi hutan rimba tebal, kampung itu terkenal dengan sawah yang subur dan penduduknya yang hidup sederhana. Namun, di hujung kampung, ada satu kawasan yang sentiasa menjadi bisik-bisik orang kampung: Kolam Hitam.

Kolam itu seakan terlindung dari cahaya matahari, walaupun pada waktu tengah hari. Airnya hitam pekat, dikelilingi pokok-pokok tua yang daunnya tidak pernah gugur. Tiada sesiapa berani memancing, mandi, apatah lagi menghampiri kolam tersebut, terutamanya selepas waktu Maghrib.

SIAPA SEBENARNYA HARYATI??

 


Sumber : <<<Nita Dahnin

September 5, 2024

Diceritakan oleh : Ahmad Safuan, Johor

SIAPA SEBENARNYA HARYATI??

Sewaktu menetap di daerah Gombak, Selangor, lebih 20 tahun yang lalu, saya kerap melalui jalan Gombak lama dari arah Setapak menuju ke Greenwood. Ketika itu, jalan tersebut tidaklah secantik seperti sekarang. Di kiri kanannya banyak hutan belukar. Pada waktu malam, kebanyakan jalan sudah mulai sunyi, apatah lagi ketika itu bukan semua kawasan yang diterangi dengan lampu jalan.

Kini, walaupun sudah berpindah ke negeri di selatan tanahair, sesekali saya masih turun ke Selangor dan ada kalanya melalui jalan tersebut. Walaupun jalan itu kini sudah cantik dan selesa, namun saya tidak akan dapat melupakan satu peristiwa yang berlaku sekitar penghujung tahun 80-an dulu.

Ketika itu, lebih kurang pukul 9.00 malam, saya dalam perjalanan pulang dari menghadiri sebuah seminar di sebuah hotel di Genting Highlands. Seperti biasa, saya melalui jalan Gombak lama untuk pulang ke rumah.

Jun 23, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP21 - BERGURU DENGAN SYAITAN

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1



 

SBDJ (JILID 1) : EP21 - BERGURU DENGAN SYAITAN

“Bukalah datuk, untuk faedah diri datuk.”

“Buka apa?”, sergah datuk pada saya.

“Tahan besi.”

”Tahan besi?”, ulang datuk.

“Ya tok.”

Datuk terdiam. Dia merenung muka saya. Sinar matanya cukup lembut seolah‐olah dari sinar matanya terucap perkataan ini: “Demi kasih sayangku padamu Tamar, aku lakukan apa saja”

Saya resah. Datuk memejamkan matanya. Mulutnya terkumat‐kumit membaca sesuatu. Kemudian dia suruh saya memotong kuku di ibujari sebelah kiri.

Kuku yang sudah di potong itu mesti dilipat tiga dan diletakkan di celah ketiak kanannya. Apa yang di perlakukan oleh saya diperhatikan oleh doktor itu dengan penuh minat. Bila semuanya sudah selesai, lagi sekali datuk merenung saya dengan senyum.

“Sudah”, pendek saja dia berkata. Doktor pun tersenyum. Dia mengambil jarum lalu melakukan suntikan. Semuanya berjalan dengan sempurna. Tidak lama datuk berada di hospital, cuma dua hari sahaja. Masuk hari yang ketiga, dia minta keluar. Datuk membuat keputusan untuk tinggal di rumah