MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Jun 9, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP16 - KAIN DALAM PERUT GADIS

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1


SBDJ (JILID 1) : EP16 - KAIN DALAM PERUT GADIS

Manakala pucuk daun langkap dikoyak‐koyak, separuh dibuang ke dalam hutan, separuh lagi dikunyahnya.  Pucuk langkap yang sudah hancur itu diluahkan di pangkal pangkin. Bah Lanjut menyuruh saya dan datuk serta kawan‐kawan Zamri, duduk di satu tempat agak jauh juga jaraknya dengan pangkin sambil berpesan jangan bercakap atau bangun. Dan gerak gerinya jangan di tegur. Kami beredar.

 Muka Zamri dan kawan‐kawan agak cemas, mereka agak bimbang kalau‐kalau yang kena patuk ular itu tidak pulih dalam waktu yang ditepatkan, kereta dari Batu Tiga Puluh Dua akan datang dan ketua mereka akan memerintahkan supaya kawan yang malang itu dibawa segera ke Hospital Tapah. Bah Lanjut duduk mencangkung di depan pangkin.

Jun 8, 2025

LELAKI PANDU VOLKSWAGEN KUNING TOLONG TUKAR TAYAR.

 

Sumber : <<<mStar>>>

Mei 8, 2025

Lelaki pandu Volkswagen kuning tolong tukar tayar, wanita menggigil lepas cakap telefon dengan pemandu trak tunda


LELAKI PANDU VOLKSWAGEN KUNING TOLONG TUKAR TAYAR.

PANGGILAN telefon daripada ibunya sebentar tadi membuatkan Nadira bergenang air mata.

"Ira, nenek sakit kuat..." demikian suara ibunya tersekat-sekat di hujung talian.

Tanpa berlengah, Nadira segera mengemas beg pakaian untuk pulang ke kampung neneknya yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Dalam kekalutan dan fikiran yang bercelaru, jari-jemarinya menggigil ketika menghantar mesej kepada pengurus restoran tempatnya bekerja bagi memaklumkan hasratnya mengambil cuti kecemasan.

NAK TENGOK? JOM IKUT SAYA HANTAR JENAZAH WAKTU MALAM

 


Sumber : <<<Mastika>>>
Julai 8, 2024

Diceritakan oleh : Husin Mohamad, Negeri Sembilan

NAK TENGOK? JOM IKUT SAYA HANTAR JENAZAH WAKTU MALAM

Berulang kali Ismail bertanya kepada saya, “Tak takut ke jadi pemandu van jenazah?”

Melalui cermin pandang belakang, saya mengerling ke arahnya dan berkata; “Apa nak ditakutkan? Orang dah mati, bukan boleh bangun lagi.”

Saya bergurau juga dengannya, kata saya, dah berapa ramai orang mati kena cekik dengan mayat? Ismail ketawa, begitu juga dengan Ramli, kawan saya yang duduk di sebelah.

Namun tidak dinafikan, banyak kejadian luar biasa berlaku sepanjang lebih tujuh tahun saya membawa van jenazah di Negeri Sembilan. Apa yang berlaku itu saya jadikan iktibar.

Ismail mengangguk, membetul-betulkan kopiah putihnya. Dia diam seketika, memegang-megang keranda bapanya yang hendak dihantar ke Jelebu. Adik-beradik Ismail mahu supaya arwah bapa mereka yang meninggal akibat sakit tua itu dikebumikan di kampung asalnya.

Jun 6, 2025

Allahuakbar !!..Makhluk Itu Melayang

 

Sumber : <<<Mastika>>>

Oktober 19, 2023

Pengalaman diceritakan oleh : Farif Arshad, Perak

Allahuakbar !!..Makhluk Itu Melayang

KISAH ini berlaku pada tahun 2015. Jika ada yang masih ingat, pada 31 Oktober 2015, pasukan Johor Darul Takzim (JDT) berjaya bergelar juara Piala Asian Football Confederation (AFC), setelah menewaskan pasukan FC Istiklol.

Kejayaan pasukan bola sepak tanah air itu disambut gembira oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya rakyat Johor. Saya sendiri, walaupun anak kelahiran Perak, menetap dan bekerja di negeri kelahiran, merupakan salah seorang peminat pasukan JDT.

Tapi kerana perlawanan pada malam itu jugalah, saya tak dapat melupakan satu kejadian yang sehingga kini masih segar dalam ingatan.

Jun 5, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP15 - DIKEJAR MAYAT

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1


SBDJ (JILID 1) : EPISODE 15 - DIKEJAR MAYAT

Kerana mahu menghormati datuk dan saya yang diketahuinya tidak berapa senang dengan keadaan rumahnya, lalu dia menempatkan kami di sebuah pondok yang keadaannya cukup bersih. Siap dengan tempat tidur dan tikar sembahyang. Menurut Bah Lanjut, pondok itu memang dikhaskan untuk orang

Melayu dan Islam bermalam bila meminta ubat darinya. Dalam pertumuan itu Bah Lanjut berkali‐kali minta ampun dan maaf atas perbuatannya di masa lalu. Malah, dia sanggup mengajar beberapa ilmu yang ada pada dirinya untuk datuk.