MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]
Showing posts with label Anak Kerak. Show all posts
Showing posts with label Anak Kerak. Show all posts

Aug 12, 2025

CANTIK TAK SAYA??

 

Sumber : <<<Mastika>>>

Oktober 12, 2021


CANTIK TAK SAYA??

‘Cantik tak saya?’ Jika menjawab ‘TIDAK’, mangsa akan dibunuh dengan gunting. Ini kisah legenda hantu Jepun


KALAU sebut ‘hantu’ dalam kalangan masyarakat Melayu, yang popular adalah nama-nama seperti pocong, puntianak, toyol, langsuir dan sebagainya.

Pernahkah anda mendengar nama-nama hantu dalam kalangan masyarakat Jepun? Mari kami perkenalkan enam hantu legenda popular di negara matahari terbit itu.

Aug 3, 2025

SAKA WARISAN BERDARAH

 

 

SAKA WARISAN BERDARAH

Lokasi: Sebuah kampung lama di Hulu Pahang

 

Keluarga Ahmad baru berpindah ke rumah pusaka milik arwah datuk di Kampung Sepat Hulu. Rumah itu sudah lama terbiar selepas kematian nenek tua mereka yang dikenali orang kampung sebagai Mak Timah Bomoh Hujung Bukit.

"Rumah ni nampak elok, bang… tapi sunyi sangat waktu malam," kata isterinya, Rohani, perlahan.

Malam pertama, anak bongsu mereka, Luqman, 6 tahun, mula bercakap sendirian di dapur.

"Nenek kata aku comel. Dia nak ajar aku main benda seronok."

 Hari demi hari, gangguan semakin pelik.

Mar 15, 2025

Misteri Gadis Berkebaya Putih Di Gombak

 

Misteri gadis berkebaya putih di Gombak. Tahan teksi antara jam 12.00 – 2.00 pagi, minta dihantar ke kubur

PERNAH tak alami perkara menyeramkan semasa menaiki teksi di tengah malam? Ini kisah yang pernah saya alami suatu ketika dahulu.

Perkara ini berlaku lebih kurang 13 tahun lalu, tak silap saya sekitar tahun 2008 ketika saya tinggal di Gombak,Selangor.

Saya ingat lagi, malam itu malam Jumaat. Saya tiba di Hentian Puduraya kira-kira pukul 1.15 pagi selepas pulang bercuti dari kampung di Batu Pahat, Johor.

Saya terus mendapatkan teksi untuk pulang ke rumah. Seorang lelaki tua yang memperkenalkan dirinya sebagai Pak Din berusia 50-an adalah pemandu teksi yang saya naiki.

Mar 5, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP23 - DENDAM KHADAM MINYAK SENYONYONG

 

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP23 - DENDAM KHADAM MINYAK SENYONYONG

Memang usianya hampir 100 tahun ketika Aki Lagah meninggal dunia. Tetapi seisi kampung telah menganggap Aki Lagah seolah - olah telah bertukar nyawa dengan Mat Senik yang sudah disangkakan mati, tetapi bingkas bangun tatkala tengah dimandikan. Dalam masa orang - orang kampung mahu mengambuskan tanah kubur yang digali digantikan dengan batang pisang, tiba - tiba sahaja pula mereka telah diberitahu mengenai kematian Aki Lagah.

Lantas Siak Deraman telah mengingatkan mereka semua bahawa perkara bertukar nyawa sekadar anggapan mereka sahaja. Masakan sesiapa boleh menentukan perkara yang hanya ada di dalam pengetahuan Allah Azzawajala. Tentu abangnya, Mat Senik masih belum mati semasa mereka bujurkan tubuhnya semacam mayat terkejang tetapi sekadar keadaannya seolah - olah sudah meninggal dunia.

Feb 27, 2025

Mereka Sudah ‘Beranak-Pinak’

 

Mereka sudah ‘beranak-pinak’ dalam cermin itu!


KISAH ini berlaku lapan tahun lalu(KISAH INI DICERITAKAN PADA TAHUN 2022). Cerita yang membongkar sejarah dan dendam kesumat dalam keluarga Syahirah. Semuanya bermula ketika Syahirah menyambung pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi di utara tanah air. Ketika itu, dia menyewa sebuah rumah bersama empat rakannya.

Suatu suatu petang semasa musim peperiksaan bakal menjelang, mereka makan malam di sebuah restoran berdekatan rumah sewa mereka. Syahirah tidak memesan apa-apa, sekadar mencicip hidangan rakan-rakannya. Ketika menyudu makanan ke mulut, dia terdengar bunyi bisikan dari meja sebelah. Bila menoleh, dia melihat seorang wanita separuh abad yang mulutnya kumat-kamit membaca sesuatu setiap kali menyudu makanan ke mulut. Aneh!

Feb 17, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP19 - KEPALA TERSANGKUT DI RUMPUN MENGKUANG

 


KEGELISAHAN orang-orang kampung di Serting ialah gangguan terhadap ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Selalunya mereka akan menghadapi keadaan turun darah kalau dibawa ke hospital. Bagaimanapun kebanyakkan mereka ini masih dapat diselamatkan apabila dibawa ke hospital.

Ibu-ibu yang hendak melahirkan anak semakin bimbang akan mengalami tumpah darah ini, di samping mereka takut pula untuk beranak di hospital. Anehnya, kenapa tumpah darah ini sentiasa berlaku kepada ibu-ibu yang melahirkan anak-anak di kampung ini.

Feb 15, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP20 - ORANG TUA KELUAR DARI KEPULAN ASAP

 


Angin petang bertiup menyebabkan pucuk-pucuk pokok getah ke kiri kanan jalan meliuk-liuk. Terasa juga angin lembut itu begitu sejuk menegakkan bulu roma. Kira-kira baru saja jam 5.30 petang, tetapi Jubir Ceding sudah pun balik ke rumah dari meniaga di pasar dibandar, kira-kira 10 batu dari kampungnya.

Tiap tiap pagi dia dan isterinya Semah keluar ke bandar berniaga di pasar, dan maghrib mereka berdua balik ke rumah. Tidak ada apa yang hendak dirisaukan lagi oleh mereka berdua kerana anak-anak semuanya sudah besar, dan sudah pulang ke rumah kata orang-orang kampung. Maksudnya sudah pulang ke rumah ialah sudah berkahwin dan berkeluarga sendiri.

Feb 13, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : 18 - SUDAH DIKEBUMIKAN KELUAR DARI KUBUR

 


Memanglah tidak ramai orang menghantar ke kubur semasa kematian Wak Diman jaga yang bertugas sebagai pengawal keselamatan dengan sebuah bank di kuala lumpur. Sanak saudaranya tidak mengebumikan dia di tanah perkuburan islam di Kuala Lumpur, tetapi di bawa ke kampungnya di Kuala Pilah.

Semasa darurat dulu, Wak Diman menjadi sc atau polis khas. Apabila habis darurat, tenaganya tidak diperlukan lagi. dia pun menoreh getah di kampungnya. tetapi setelah 13 mei 1969, Wak Diman mengikut anak saudaranya di Kuala Lumpur dan bekerja menjadi pengawal keselamatan. Kekallah dia menjadi 'jaga' sampai ke akhir hayatnya.

Feb 10, 2025

Ada Perhimpunan Pocong Ke?

 


“Ada perhimpunan pocong ke?” - Gadis menipu tengah ‘period’ terima padah, silap besar sindir rakan asrama pergi solat jemaah


MELANGKAH ke alam universiti dan berjauhan daripada ibu bapa memerlukan kekuatan diri.

Apatah lagi ketika memasuki kolej kediaman yang berbeza suasananya daripada di rumah.

Begitulah fasa kehidupan baharu yang perlu ditempuhi seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dikenali sebagai Marsya di sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di selatan tanah air.

Segalanya berjalan lancar pada minggu-minggu awal pengajian, malah Marsya berkesempatan membuat kawan baharu yang juga rakan sebiliknya dikenali sebagai Anis.