SIAPA
YANG CIPTA SENARAI ITU
Selepas kematian misteri Farid,
seorang juruteknik IT kontrak bernama Hafiz dipanggil untuk memeriksa komputer
pejabat yang dikatakan “rosak sendiri”.
Namun apa yang ditemuinya bukan
sekadar fail pelik…tetapi satu sistem lama yang sudah wujud sejak
bertahun-tahun… dipindahkan dari satu komputer ke komputer lain… tanpa sesiapa
benar-benar menciptanya.
Semakin Hafiz menyiasat, dia menemui
petunjuk bahawa “Senarai” itu bukan ciptaan manusia sepenuhnya…tetapi sesuatu
yang diberi bentuk oleh manusia pertama yang cuba meramal kematian… dan
akhirnya menjadi penjaga kepada sesuatu yang lebih gelap.
Dan yang paling mengerikan…setiap orang yang cuba mencari pencipta Senarai itu… akan menjadi sebahagian daripadanya.
Tapi bayaran untuk kerja kontrak
kali ini terlalu lumayan untuk ditolak…periksa satu komputer lama di pejabat
kecil yang kononnya “bermasalah”.
“Just format je kalau pelik,” pesan
supervisor dalam telefon.
Mudah. Itu yang dia sangka.
Pejabat itu sunyi bila dia sampai. Lampu
hanya menyala separuh. Bau lama, seperti habuk dan wayar terbakar, memenuhi
ruang. Komputer yang dimaksudkan… masih terpasang.
Skrin gelap. Tapi CPU masih hidup.
Hafiz duduk. “Okay… kita tengok apa
masalah dia…”
Dia tekan tetikus. Skrin menyala
perlahan. Desktop kosong. Terlalu kosong. Tiada ikon. Tiada folder.
Kecuali satu fail.
“SENARAI_MALAM_ESOK.txt”
Hafiz diam seketika. “Nama fail
pelik…” Dia klik. Senarai nama muncul. Dengan waktu.
Hafiz tersenyum sinis. “Script prank
ke ni…”
Dia buka task manager. Tiada
program pelik berjalan. Dia buka system info. Semuanya normal.
Tapi satu perkara buat dia berhenti.
Tarikh fail itu dicipta: 1998.
“Eh… komputer ni pun bukan wujud
lagi masa tu…”
Dia dekatkan muka ke skrin. Scroll. Nama-nama
bergerak. Seolah-olah hidup. Kemudian satu baris kosong muncul di tengah-tengah
senarai.
Huruf mula ditaip sendiri.
Hafiz Azman – [LOADING TIME]
Tangan Hafiz berhenti. “Okay… ini
bukan kelakar…” Dia terus cabut kabel LAN.
“Kalau ni virus, aku putuskan
connection…”
Skrin berkelip. Kemudian satu mesej
muncul:
“Ini bukan dalam rangkaian.”
Jantung Hafiz mula laju. Dia cuba
tutup fail. Tak boleh. Dia bangun, tarik keluar plug komputer. CPU mati. Skrin
gelap.
Dia menghela nafas lega…“Okay…
settle…”
Skrin menyala semula. Tanpa
elektrik. Hafiz perlahan-lahan menoleh. Matanya membesar.
“Macam mana…Fail itu masih terbuka” Dan
kini… bukan sekadar senarai.
Ia berubah menjadi log lama. Seperti
arkib.
Baris pertama:
“Versi 1.0 – Ditulis oleh: Rahman
(Manual)”
Baris seterusnya:
“Tahun: 1973 – Kaedah: Tulisan
tangan”
Imej kabur muncul. Buku lama. Penuh
nama. Penuh tarikh.
Hafiz menelan air liur. “Ini… buku…”
Baris lain muncul:
“Versi 2.0 – Dipindahkan ke mesin
taip”
“Tahun: 1986”
Kemudian:
“Versi 3.0 – Sistem digital awal”
“Tahun: 1998”
Hafiz semakin faham. “Ini… bukan
fail biasa…” Ia berkembang. Dari buku… ke mesin taip… ke komputer. Seolah-olah
sesuatu itu… hanya menukar “badan”.
Tapi isi… tetap sama. Baris terakhir
muncul.
“Versi Seterusnya – Menunggu Penjaga
Baru”
Lampu pejabat tiba-tiba padam.
Hafiz berdiri. “Cukup. Aku blah.” Dia
capai beg. Berjalan ke pintu. Pintu terbuka. Akhirnya. Dia hampir keluar….bila
satu suara memanggil dari belakang.
“Kau nak tahu siapa yang cipta?”
Hafiz berhenti. Perlahan-lahan
menoleh.
Seorang lelaki duduk di kerusi
Farid. Wajahnya… samar, seolah-olah rosak. Seperti imej digital yang pecah.
“Siapa kau…”
Lelaki itu tersenyum.
“Aku… versi pertama.”
Darah Hafiz terasa sejuk.
“Rahman?”
Lelaki itu ketawa perlahan.
“Aku cuma orang pertama yang tulis.”
“Tapi aku bukan yang cipta.”
Hafiz berundur….“Jadi siapa..?”
Lelaki itu menunjuk ke arah skrin.
“Benda tu… tak pernah dicipta.”
“Ia cuma… perlukan orang untuk menulis.”
Skrin komputer berbunyi. Nama baru
muncul.
Hafiz Azman – 1:17 AM
Jam di dinding… mula bergerak
semula.
1:15 AM.
Hafiz panik. “Tak! Aku tak nak!”
Lelaki itu bangun. Berjalan perlahan
ke arah Hafiz. Setiap langkahnya… bunyi seperti static.
“Semua orang kata benda ni dicipta.”
“Hakikatnya…” Dia berhenti betul-betul di depan Hafiz.
“Ia cuma cari penulis seterusnya.”
Skrin komputer berubah lagi.
“STATUS: PEMINDAHAN”
Lampu menyala semula. Pejabat
kosong. Komputer masih hidup. Dan di atas meja… sebuah buku lama muncul. Kulitnya
lusuh.
Di muka pertama… tertulis dengan
tulisan tangan baru:
“Versi 4.0 – Hafiz”
No comments:
Post a Comment