MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Sep 24, 2025

BILIK 7 : TIADA PENGHUNI, TAPI SELALU DITEMPAH

 


BILIK 7 : TIADA PENGHUNI, TAPI SELALU DITEMPAH

 Di pinggir sebuah pekan kecil, terdapat sebuah hotel lama peninggalan era kolonial yang masih beroperasi. Bangunannya berwarna kelabu pudar, cat terkopek, dan perabotnya berbau hapak kayu lama. Walaupun sudah usang, hotel itu tetap dikunjungi kerana lokasinya strategik di tepi jalan utama. Namun, ada satu perkara pelik yang menjadi buah mulut pekerja dan penduduk setempat – Bilik 7.


Sep 21, 2025

GADIS MERATAP DARI LIANG LAHAD

 

Sumber : =>>Mastika<==  Mei 22,2021

GADIS MERATAP DARI LIANG LAHAD


PUKUL 11.30 malam itu, sebuah kawasan perkuburan lama di pinggir bandar Melaka terang-benderang disuluh empat lampu limpah berkuasa tinggi. Kelihatan seorang pengarah sedang memerhatikan sebuah skrin TV kecil, dan dua orang pelakon beraksi di antara batas-batas kubur lama itu.

Cut!!! Okay… time for break! Satu jam lagi kita sambung balik,” jerit pengarah sambil berjalan menuju ke khemah rehat kira-kira 20 meter dari kawasan perkuburan tersebut.


Sep 19, 2025

TANGISAN MALAM DI RUMAH TERBIAR

 



 TANGISAN MALAM DI RUMAH TERBIAR


 Rumah itu berdiri kaku di hujung kampung, dikelilingi lalang yang meninggi hingga separas pinggang. Atapnya sudah bocor, tingkap kayu tercabut, dan cat dindingnya mengelupas seperti kulit reput. Walaupun usang, rumah itu tetap kelihatan garang, seakan-akan sedang memerhati setiap orang yang lalu di hadapannya.


Sep 18, 2025

LANGKAH SENYAP DI LANTAI KAYU

 


LANGKAH SENYAP DI LANTAI KAYU


Malam di rumah peninggalan kolonial itu begitu sunyi. Hanya bunyi cengkerik di luar tingkap menemani. Aiman baru seminggu menumpang di rumah pusaka milik arwah datuknya yang sudah lebih tiga dekad kosong ditinggalkan.


Sep 17, 2025

MENU 'SIMPLE' RAMAI SANGGUP BERATUR LAMA

 

Sumber: <<<MISTIK/mStar>>>  Ogos 7, 2025


MENU 'SIMPLE' RAMAI SANGGUP BERATUR LAMA

Menu 'simple', ramai sanggup beratur lama! Pelanggan dakwa nampak makhluk kecil lidah panjang, bertenggek atas makanan


SEBUAH kedai makan sederhana yang baru dibuka di sebuah pekan kecil di Selangor pernah mencetuskan fenomena luar biasa pada awal awal tahun 2000. 

Menu yang ditawarkan cukup ringkas iaitu nasi putih, ayam goreng, sambal tomato, hirisan timun, dan kuah sup panas. 

Namun, pelanggan sanggup beratur panjang hingga tepi jalan dan berdiri di bawah terik matahari, seolah-olah mahu membeli tiket konsert.