Sumber: <<<MISTIK/mStar>>> Ogos 7, 2025
MENU 'SIMPLE' RAMAI SANGGUP BERATUR LAMA
Menu 'simple', ramai sanggup beratur lama! Pelanggan dakwa nampak makhluk kecil lidah panjang, bertenggek atas makanan
SEBUAH kedai makan sederhana yang baru dibuka di sebuah pekan kecil di Selangor pernah mencetuskan fenomena luar biasa pada awal awal tahun 2000.
Menu yang ditawarkan cukup ringkas iaitu nasi putih, ayam goreng, sambal tomato, hirisan timun, dan kuah sup panas.
Namun, pelanggan sanggup beratur panjang hingga tepi jalan dan berdiri di bawah terik matahari, seolah-olah mahu membeli tiket konsert.