Sumber :
<<<Mastika>>> Oktober 8, 2021BENARKAH 'BELAAN' DATUK SUDAH DIBUANG??
Benarkah 'belaan' datuk sudah dibuang? Atau mungkin......
ORANG zaman dulu sering diceritakan ada ‘belaan’ sama ada digunakan untuk membantu pekerjaan harian, menjaga rumah atau untuk tujuan perubatan. Salah satunya hantu raya.
Ini kisah yang berlaku dalam keluarga aku sendiri, bagaimana keluarga aku diganggu setelah arwah datuk aku meninggal.
Cerita ini dah lama, sekitar hujung tahun 90-an. Ketika itu aku masih remaja, berusia dalam 20 tahun. Ia bermula setelah arwah datuk aku (sebelah bapa) meninggal dunia.
Sebelum itu aku ceritakan serba sedikit latar belakang datuk aku yang tinggal di sebuah daerah di Perak. Datuk aku ni semasa hidup dulu boleh dikatakan bomoh terkenal juga. Ramai orang datang berubat dengannya.