MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Jul 12, 2025

MYVI TANPA PEMANDU

 



 

MYVI TANPA PEMANDU

Kisah Seram Laluan Jeli - Grik

 

Laluan Timur-Barat, menghubungkan Jeli dan Gerik, adalah antara jalan paling sunyi di Semenanjung Malaysia. Dikelilingi hutan tebal, selekoh tajam dan kabus malam yang pekat, ia sudah lama terkenal dengan kisah-kisah seram yang diwarisi pemandu-pemandu lama.

Tetapi sejak awal tahun itu, satu kisah baru menjadi bualan.

Kisah tentang sebuah Perodua Myvi berwarna putih, yang muncul tanpa pemandu — meluncur laju di lorong tengah, kadangkala melawan arus — tetapi apabila dihampiri atau dikejar, kereta itu hilang begitu sahaja.

Jul 11, 2025

ADA BENDA BERGOLEK ATAS BUMBUNG

 

Sumber : <<<MSTAR>>>

Mei 11, 2025

ADA BENDA BERGOLEK ATAS BUMBUNG

Ada benda golek-golek atas bumbung bilik pukul 3 pagi, kongsi dengan famili baru ibu buka cerita


PENGALAMAN terlihat sosok pocong dengan mata sendiri semestinya tidak akan dilupakan sepanjang hayat.

Bayangkan, jelmaan makhluk berbungkus kain putih itu muncul di hadapan mata di kala awal pagi, ketika sedang berseorangan di bilik!

Berkongsi kisah mistik tersebut di laman sosial, seorang pelayar @manofthe7133 berkata, kejadian berlaku ketika dia pulang ke rumah ibu dan bapanya di kampung.


"Dalam pukul 3 pagi tengah main telefon bimbit, scroll TikTok sebab jenis tak boleh tidur. Rumah saya ni dekat belakang adalah alur sungai. Bilik saya juga dekat bahagian dapur. 

Jul 10, 2025

MISTERI WANITA BERTELEKUNG

 

Sumber : <<<Mastika>>>

Mac 17, 2022

Diceritakan oleh : Mohd Hafiz (Pengawal Keselamatan Putrajaya - 2003)

MISTERI WANITA BERTELEKUNG

Misteri kelibat wanita bertelekung bersama jenazah budak di Putrajaya

KISAH ini berlaku pada tahun 2003. Ketika itu aku baru beberapa bulan bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah bangunan di Putrajaya. Bangunan yang mana satu, itu rahsia. Tak perlulah aku beritahu.

Aku bertugas ikut syif. Ada siang, ada malam. Aku ingat lagi ketika itu aku bertugas waktu malam. Mula pukul 7.00 malam sampai 7.00 pagi keesokannya.

Pengawal dibahagikan kepada dua bahagian. Dua orang berkawal di luar, dan dua orang di bahagian dalam bangunan. Malam itu, aku bertugas berjaga di bahagian dalam.

RUMAH TUMPANGAN ARAS TIGA


 

  RUMAH TUMPANGAN ARAS TIGA

Lokasi: Bukit Fraser, Pahang

Malam itu, kabus turun lebih tebal daripada biasa. Arif dan isterinya, Hana, tiba di rumah tumpangan Seri Wira, sebuah banglo lama era kolonial British yang kini dijadikan tempat penginapan bajet. Rumah itu terletak di penghujung lorong sunyi, dikelilingi pokok-pokok cemara tinggi yang seolah-olah memerhati mereka.

“Abang, tempat ni… macam tak ramai orang,” bisik Hana.

Arif hanya angguk. Dia sudah tempah dua malam — murah, katanya. Tapi penjaga kaunter, seorang wanita tua yang terlalu senyap, hanya menyerahkan kunci sambil berbisik:

“Kalau dengar bunyi orang berjalan malam-malam… buat tak tahu saja.”

TOK AWANG NGAH : EP41 - PADAH POLONG TURUN TEMURUN

 


TOK AWANG NGAH : EP41 -  PADAH POLONG TURUN TEMURUN

Rumah papan yang disewa tidaklah mahal sangat apabila Derih Bauk berpindah ke Kluang di Johor. Manalah ada pilihan lain mahu menyewa rumah, melainkan berdekatan dengan kem. Mudahlah berulang alik ke tempat kerja sekalipun ditugaskan sebelah malam.

 Apalagi masa perintah orang putih, memang selalu masuk ke hutan hingga jarang balik ke rumah. Kalau ikutkan hatinya Derih Bauk tidak mahu membawa keluarga ke Kluang, biarlah mereka semua di kampung sahaja. Dia boleh balik ke kampung apabila cuti panjang selepas dikerah masuk hutan.