MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Jun 24, 2025

SIAPA SEBENARNYA HARYATI??

 


Sumber : <<<Nita Dahnin

September 5, 2024

Diceritakan oleh : Ahmad Safuan, Johor

SIAPA SEBENARNYA HARYATI??

Sewaktu menetap di daerah Gombak, Selangor, lebih 20 tahun yang lalu, saya kerap melalui jalan Gombak lama dari arah Setapak menuju ke Greenwood. Ketika itu, jalan tersebut tidaklah secantik seperti sekarang. Di kiri kanannya banyak hutan belukar. Pada waktu malam, kebanyakan jalan sudah mulai sunyi, apatah lagi ketika itu bukan semua kawasan yang diterangi dengan lampu jalan.

Kini, walaupun sudah berpindah ke negeri di selatan tanahair, sesekali saya masih turun ke Selangor dan ada kalanya melalui jalan tersebut. Walaupun jalan itu kini sudah cantik dan selesa, namun saya tidak akan dapat melupakan satu peristiwa yang berlaku sekitar penghujung tahun 80-an dulu.

Ketika itu, lebih kurang pukul 9.00 malam, saya dalam perjalanan pulang dari menghadiri sebuah seminar di sebuah hotel di Genting Highlands. Seperti biasa, saya melalui jalan Gombak lama untuk pulang ke rumah.

Jun 23, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP21 - BERGURU DENGAN SYAITAN

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1



 

SBDJ (JILID 1) : EP21 - BERGURU DENGAN SYAITAN

“Bukalah datuk, untuk faedah diri datuk.”

“Buka apa?”, sergah datuk pada saya.

“Tahan besi.”

”Tahan besi?”, ulang datuk.

“Ya tok.”

Datuk terdiam. Dia merenung muka saya. Sinar matanya cukup lembut seolah‐olah dari sinar matanya terucap perkataan ini: “Demi kasih sayangku padamu Tamar, aku lakukan apa saja”

Saya resah. Datuk memejamkan matanya. Mulutnya terkumat‐kumit membaca sesuatu. Kemudian dia suruh saya memotong kuku di ibujari sebelah kiri.

Kuku yang sudah di potong itu mesti dilipat tiga dan diletakkan di celah ketiak kanannya. Apa yang di perlakukan oleh saya diperhatikan oleh doktor itu dengan penuh minat. Bila semuanya sudah selesai, lagi sekali datuk merenung saya dengan senyum.

“Sudah”, pendek saja dia berkata. Doktor pun tersenyum. Dia mengambil jarum lalu melakukan suntikan. Semuanya berjalan dengan sempurna. Tidak lama datuk berada di hospital, cuma dua hari sahaja. Masuk hari yang ketiga, dia minta keluar. Datuk membuat keputusan untuk tinggal di rumah

Jun 21, 2025

MENGHUNI BELUKAR NERAKA

 


 

"MENGHUNI BELUKAR NERAKA"

Sebuah Kisah Seram dari Felda Sungai Koyan

Felda Sungai Koyan, sebuah penempatan pertanian tenang di hujung Pahang, terkenal dengan ladang kelapa sawitnya yang luas membentang. Tapi bagi penduduk lama, ada satu bahagian ladang yang tidak pernah mereka jejak — Blok 13.

Blok itu telah lama dibiarkan kosong. Pokok-pokok sawitnya menjulang tinggi, daunnya kering, suasananya seakan tidak berangin. Burung pun tidak singgah. Setiap kali melintasi kawasan itu, ada bisik-bisik dari dalam semak, seperti ada yang memanggil.

Namun semuanya berubah bila sebuah syarikat luar datang untuk memulakan pembersihan di Blok 13.

CAKAP MACAM BERANI

 

Cakap macam berani, bila dah ‘bertembung’ baru tahu!

Sumber : <<<Mastika>>>

Oktober 9, 2023

CAKAP MACAM BERANI

Hari itu, Selva bekerja syif pagi. Jam 7.00 malam, dia sudah bersiap untuk pulang. Rakannya yang bekerja syif malam juga sudah datang. Selva sempat berpesan pada rakannya itu agar berhati-hati. Maklumlah, rakannya itu masih baru bekerja. Belum arif sangat  selok-belok di situ. Lainlah dengan Selva yang sudah hampir 30 tahun menjadi pengawal keselamatan di situ. Semua cerita dalam tangannya.

“Eleh, aku bukan penakutlah,” kata rakannya itu ketawa, mempersendakan pesanan Selva. Malas hendak melayan telatah rakan setugasnya itu, Selva berlalu pulang.

Keesokan pagi apabila Selva datang untuk bertugas semula, dia mendapat tahu rakan setugasnya semalam demam teruk. Eh, semalam masuk bertugas elok saja. Selva jadi hairan.

Jun 20, 2025

MISTERI KECURIAN DI KAMPUNG SERI DAMAI

 


MISTERI KECURIAN DI KAMPUNG SERI DAMAI

Malam di Kampung Seri Damai jarang sunyi. Biasanya, bunyi cengkerik dan unggas malam menemani penduduk yang sedang berehat selepas seharian bekerja. Tetapi sejak beberapa bulan lalu, suasana kampung menjadi aneh. Malam terasa berat, seolah-olah ada mata-mata ghaib memerhati dari kegelapan.

Semuanya bermula selepas kematian mendadak Mak Timah, seorang balu tua yang tinggal di hujung kampung. Arwah Mak Timah dikenali sebagai bomoh bidan, mahir dengan ilmu perubatan lama. Ada desas-desus mengatakan Mak Timah pernah memelihara sesuatu, namun tiada siapa berani bertanya semasa hayatnya.