MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Jun 11, 2010

Konsert Double Trouble disabotaj??

KEJAYAAN konsert Double Trouble yang menggabungkan dua gergasi rock, Search dan Wings di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Mei lalu masih lagi segar dalam ingatan para peminat.

Konsert tersebut bukan sahaja berjaya menghimpunkan 20,000 peminat, malah lebih 3,000 lagi terpaksa berputih mata gara-gara gagal mendapatkan tiket.

Lain pula kisahnya pada konsert edisi ke-2 yang berlangsung di Stadium Larkin, Johor Bahru malam Sabtu lalu apabila ia 'disabotaj' oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan menjual tiket palsu.

Beberapa orang peminat yang menjadi mangsa tiket palsu itu hanya menyedari mereka ditipu apabila tiket yang dibeli dengan harga sama itu tidak dapat disahkan oleh mesin pengimbas tatkala memasuki pintu utama stadium berkenaan.

Keadaan menjadi sedikit tegang dan kecoh di pintu masuk apabila peminat yang ditipu menyuarakan rasa tidak puas hati.

Difahamkan, para petugas keselamatan yang menyiasat perkara tersebut berjaya merampas tiket palsu daripada seorang lelaki yang menjual tiket berkenaan di ruang legar pintu masuk stadium.

Mahu tidak mahu, peminat yang tetap ingin menyaksikan konsert tersebut terpaksa membeli tiket yang baru di kaunter.

Vokalis Search, Amy, dan Wings, Awie ketika ditemui pemberita selepas tamat konsert tersebut kesal dengan insiden yang berlaku itu.

Menurut Awie, perkara tersebut seharusnya tidak berlaku kerana kaunter tiket telah disediakan oleh pihak penganjur untuk peminat membeli tiket.

“Saya amat kesal dengan perkara ini kerana peminat yang datang sememangnya ingin menyaksikan konsert pada malam ini.

“Saya berharap perkara ini tidak akan berulang lagi pada masa-masa akan datang. Buat mereka yang menjual tiket palsu itu bertaubatlah,'' katanya.

Katanya lagi, pihak yang tidak bertanggungjawab menjual tiket palsu itu diibaratkan sebagai menganiaya industri hiburan dan peminat dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

“Bagi pihak penganjur, ini merupakan satu kesalahan yang begitu besar. Keringat kami bagaikan sia-sia sahaja,'' ujarnya.

Bagaimanapun, insiden tersebut tidak menjejaskan persembahan bertenaga dua 'otai' rock yang bersatu di atas pentas yang sama sepanjang kira-kira tiga jam persembahan bermula pukul 9.15 malam itu berlangsung.

Dengan kebanjiran 15,000 penonton termasuk yang datang dari Singapura, hampir setengah padang bola sepak dipenuhi dengan peminat yang tidak berganjak dari awal hingga ke penghujung persembahan.

Bermula dengan paduan suara menerusia lagu Gemuruh, Amy dan Awie terus membuai penonton dengan seleksi lagu malar segar mereka antaranya Sejati, Alam Barzakh, Isi Atau Kulit, Isabella, Pawana, Pelesit Kota, Mentari Merah Di Ufuk Timur, Ranggi Metropolis dan banyak lagi.



Oleh AZIZI MAJID
Gambar
NASIRRUDDIN YAZID dan BAAZLAN IBRAHIM

Jun 9, 2010

Nyah.......

Suatu malam pihak polis membuat serbuan di kawasan mak nyah..
Ramai nyah telah diangkut ke trak polis dan disoal siasat di balai...
Salah seorang dari nyah itu.. tidak mengaku yang dia adalah nyah..
sebaliknya mengatakan dia adalah wanita tulin...


Polis : "Siapa nama kamu???!!!"

Nyah : "Ti... encik..."

Polis : "cakap betul2 jangan bohong!!!!"

Nyah : "Iya... encik... betul nama saya Yati..."

Polis: "Bohong!!!! Pasti bohong!!! Kalau bohong mati engkau..."

Nyah (mengeluarkan suara aslinya): "Yatim... encik!"

Rosmaziana Ismail

(ini bukan cite aku tapi di antar oleh seseorg)



Peristiwa ini dah lama juga berlaku, dalam tahun 2001 begini, aku ada mengenali seorang gadis bernama Rosmaziana Ismail, orang Melaka, orang Londang. Aku juga orang Melaka.

Satu hari aku kerumahnya di Londang Melaka untuk berjalan raya. Setiba disana aku bertanya salah seorang penduduk kampung dimana rumahnya Rosmaziana Ismail. Orang itu pun memberi arah rumah tersebut, tetapi rumah itu tiada penghuni, mungkin keluar. Lalu aku tinggalkan nota "Rosmaziana tunggu abg di tasek air keroh jam 2.00 ptg".

Esoknya aku tunggu ditempat yang aku suruh, hampir 2 jam tunggu dia tak muncul juga, lalu aku kerumahnya semula, alhamdulillah rumah tersebut ada penghuni. Aku memberi salam, dan tuan rumah mempelawa ku masuk dan menghidangkan makanan.

Ketika itu aku tersipu-sipu mana Rosmaziana ni tak keluar-keluar lagi. Yang ada didepan ku kedua orang tua. Lalu bertanya tuan rumah itu kepada ku, siapa yang letakkan nota di pintu rumahnya, aku dengan tersipu segan campur malu, aku mengaku. Dia bertanya lagi apa perhubungan awak dgn Rosmaziana. Aku katakan kawan aje....dan dia pun mempelawa lagi...minumlah jangan malu-malu.

Setelah selesai orang tu pun memberi tahu yang bernama Rosmaziana adalah isterinya dan Ismail adalah namanya. Aku malu teramat sangat, kerana aku tersalah rumah. Nama teman ku Rosmaziana BTE Ismail rumah yang aku datang ni rumah Rosmaziana dan Ismail

Jun 8, 2010

Rindu berat....

Tiang Jurus kendur di huma
Batu Bersurat kelu dianjung
Badan kurus tidur tak lena
Begitu berat rindu tertanggung

Sauh tuan sauh berempat
Mari diletak tepi kuala
Jauh Tuan jauh bertempat
suatu ketika pasti berjumpa








Sumber : http://www.melayu.com

May 22, 2010

Indahnya Persahabatan

Tiada mutiara sebening cinta..

Tiada sutra sehalus kasih sayang..

Tiada embun sesuci ketulusan hati..

Dan tiada hubungan seindah persahabatan..

Sahabat bukan

MATEMATIKA yang dapat dihitung nilainya..

EKONOMI yang mengharapkan materi..

PPKN yang dituntut oleh undang-undang..

Tetapi

Sahabat adalah SEJARAH yang dapat dikenang sepanjang masa..



Sumber :www.AsianBrain.com