1.Door To Hell, Turkmenistan
Namanya sahaja sudah menyeramkan! Pintu ke Neraka atau Door to Hell adalah gelaran yang diberikan kepada satu kawah api yang dikatakan belum padam lebih 50 tahun yang lalu. Menurut BBC Travel, lokasi ini terletak di Kawah Gas Darvaza, Turkemenistan.
Laporan mengatakan bahawa kejadian ajaib ini berlaku pada tahun 1971, ketika pencarian sumber gas. Bagaimanapun, berlaku runtuhan tanah sehingga membentuk lubang itu. Kebakaran berlaku apabila seorang ahli geologi didakwa telah menyalakan salah satu lubang tersebut dan menyebabkan kawasan itu kekal terbakar sehingga kini.