MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Jul 19, 2025

DARAH DALAM PASIR

 


 KAMPUNG PANTAI LELA (PART 2)

DARAH DALAM PASIR

Sambungan Kisah Kampung Pantai Lela, 15 Tahun Kemudian

Sudah lebih satu dekad berlalu sejak malam-malam misteri itu menghantui kampung. Rumah Tok Imam Mat Isa kini kosong. Sawah di tepi pantai sudah kering, dan pohon tempat Sarinah dibakar telah tumbang — dipanah petir dua kali, kata orang.

Namun, suara mengilai masih kedengaran. Tak setiap malam, tapi cukup untuk penduduk lama masih tidur dengan pelita hidup.

Sekarang kampung dihuni oleh generasi baru. Anak-anak yang dulu berlari tanpa baju kini sudah dewasa.

Jul 17, 2025

TOK AWANG NGAH : EP42 - ORANG BERKEPALA ANJING

 


 

TOK AWANG NGAH : EP42 - ORANG BERKEPALA  ANJING

Kejadian yang aneh mula mengemparkan di Lobak, Seremban dalam tahun 1973 apabila ada orang yang terserempak orang berkepala anjing. Tetapi saya tidaklah berapa percaya sangat kerana kemungkinan orang itu memakai topeng seperti anjing ketika ditemui.

 Seorang perempuan Cina memberitahu saya orang berkepala anjing itu lari ke to’ kong di Lobak, kemudiannya hilang. Lobak itu memanglah kawasan tempat tinggal orang Cina, hanya sedikit sahaja orang India dan Melayu. Tentulah mengherankan kejadian seperti ini berlaku dalam kawasan orang-orang Cina.

SIAPA GADIS MISTERI YANG MENUMPANG

 

Sumber : <<<MASTIKA>>>

November 5, 2021

Coretan Pengalaman : Mohd Saifullah, Pahang

SIAPA GADIS MISTERI YANG MENUMPANG

Siapa ‘gadis’ misteri yang menumpang sehingga ke Jerantut Feri itu?

BILA baca kisah-kisah penumpang misteri yang menumpangi kenderaan, aku juga pernah melalui kisah yang sama lama dahulu di kampung halaman aku di Pahang.

Kisah ini sudah lama, awal tahun 2000-an rasanya. Aku ingat lagi, malam itu aku hendak ke rumah abang aku di Cheka, Kuala Lipis.

Waktu ketika itu sudah hampir  pukul 12.00 malam, aku baru hendak bergerak dari rumah aku di Kuala Tembeling, Pahang. Jarak dari rumah aku untuk ke rumah abang aku tu lebih kurang 50 batu jauhnya.

Aku terpaksa bergerak malam tu jugak sebab esok pagi, aku kena pergi pekan Kuala Lipis untuk uruskan hal penting. Kalau esok pagi baru nak bertolak, alamatnya memang lambatlah urusan tu selesai nanti. Sebab tu aku buat keputusan bertolak malam tu jugak ke rumah abang aku.

Jul 15, 2025

KISAH BEBOLA API YANG BERGENTAYANGAN

 

Sumber : <<<Zulkarnain Zakaria>>>

November 24, 2021

KISAH BEBOLA API YANG BERGENTAYANGAN

Tuju-tuju, Dawcina, Oborabi… Kisah bebola api yang bergentayangan. Roh, hantu atau sihir?

Sewaktu berusia belasan tahun, saya pernah melihat pancaran api yang agak aneh. Ketika itu pukul 8.30 malam dan di udara kelihatan bebola api sebesar duit syiling. Ia bergerak laju, ke atas dan ke bawah berserta ekor yang panjang seperti tali, sebelum hilang begitu saja.

“Itu tuju-tuju,” kata seorang kawan yang turut melihatnya.

Dalam kepercayaan masyarakat Melayu, tuju-tuju adalah sihir yang dihantar oleh seseorang kepada orang yang dibencinya. Sihir ini akan meluncur di udara mencari mangsanya dan dapat dilihat dalam bentuk api yang terawang-awang.

Semasa saya ke Fiji pada tahun 1999 bagi membuat tugasan untuk majalah Mastika, saya mendapati apa yang saya lihat tadi seperti ada persamaannya dengan kepercayaan masyarakat tersebut.

Jul 13, 2025

TAMAR JALIS (JILID 2) : EP26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 2



 

TAMAR JALIS (JILID 2) : EP26 - ISTERINYA JADI KELIP-KELIP

Ternyata hantu perempuan itu tidak mahu mengaku kalah. Barangkali, rasa sabar datuk sudah hilang, datuk terus menepuk kedua belah tangannya.

Perempuan itu menjerit macam kena sesuatu yang panas dan terus bersuara minta ampun pada suaminya. Bila suara jeritan perempuan itu hilang, semua pelita dalam rumah padam. Bila dinyalakan semula, perempuan itu sudah hilang. Datuk tepuk dahi suami tiga kali sambil mengurut lehernya. Suami hantu perempuan itu tersedar dari tidur.

Dengan nada suara yang keras datuk menyuruh saya membakar sumbu pelita yang padam. Seluruh ruang rumah terang. Uda Lodin masih terpaku dekat dinding rumah. Saya lihat Uda Lodin membongkokkan badannya sambiI menekan perut.