MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Jun 6, 2025

Allahuakbar !!..Makhluk Itu Melayang

 

Sumber : <<<Mastika>>>

Oktober 19, 2023

Pengalaman diceritakan oleh : Farif Arshad, Perak

Allahuakbar !!..Makhluk Itu Melayang

KISAH ini berlaku pada tahun 2015. Jika ada yang masih ingat, pada 31 Oktober 2015, pasukan Johor Darul Takzim (JDT) berjaya bergelar juara Piala Asian Football Confederation (AFC), setelah menewaskan pasukan FC Istiklol.

Kejayaan pasukan bola sepak tanah air itu disambut gembira oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya rakyat Johor. Saya sendiri, walaupun anak kelahiran Perak, menetap dan bekerja di negeri kelahiran, merupakan salah seorang peminat pasukan JDT.

Tapi kerana perlawanan pada malam itu jugalah, saya tak dapat melupakan satu kejadian yang sehingga kini masih segar dalam ingatan.

Jun 5, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP15 - DIKEJAR MAYAT

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1


SBDJ (JILID 1) : EPISODE 15 - DIKEJAR MAYAT

Kerana mahu menghormati datuk dan saya yang diketahuinya tidak berapa senang dengan keadaan rumahnya, lalu dia menempatkan kami di sebuah pondok yang keadaannya cukup bersih. Siap dengan tempat tidur dan tikar sembahyang. Menurut Bah Lanjut, pondok itu memang dikhaskan untuk orang

Melayu dan Islam bermalam bila meminta ubat darinya. Dalam pertumuan itu Bah Lanjut berkali‐kali minta ampun dan maaf atas perbuatannya di masa lalu. Malah, dia sanggup mengajar beberapa ilmu yang ada pada dirinya untuk datuk.

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EPISODE 39 - JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM

 


KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EPISODE 39 - JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM

PANTANG larang turun temurun tetap dipegang oleh nenek kukuh-kukuh menjadi petua yang mesti dipatuhi. Dia tidak akan melanggar pantang larang dari yang sekecil-kecil hinggalah yang sebesar-besarnya. Kalaulah tidak disebabkan dia sudah bertekad tidak mahu menjadi bidan lagi selepas saya dilahirkan, memang neneklah satu-satunya bidan yang diharapkan oleh orang-orang kampung.

Apalagi tatkala orang kampung tidak lagi menumpu ke hospital seperti sekarang, memang bidan seperti nenek saya inilah tempat mereka mengantung harapan. Bukan nenek sahaja mereka perlukan Dukun Samid dengan Mudim Encol juga menjadi tumpuan mereka.

Jun 4, 2025

MISTERI TONG GAS UNGU

 


MISTERI TONG GAS UNGU

Tong Gas Ungu

Lokasi: Sebuah restoran masakan panas 24 jam, tepi jalan di Rawang
Tahun: 2021

 (KISAH REKAAN) MISTERI TONG GAS UNGU

Restoran itu terkenal. Pelanggan tak putus. Tapi ramai tak tahu , tiga tukang masak sebelum ini berhenti secara tiba-tiba. Yang pertama,  hilang jari. Yang kedua, bisu. Yang ketiga, lari keluar dapur dan melompat ke dalam longkang, malam-malam.

Pemilik restoran, Pak Ya, enggan cerita lebih.

Sampailah datang seorang tukang masak baru  Faiz, muda, bertenaga, dan keras kepala. Dia tak percaya hantu.

Hari pertama, semua normal. Tapi malam tu, dia perasan satu tong gas lain dari biasa. Warna ungu lebam, catnya macam baru, tapi berhabuk dan sejuk macam ais.

Jun 3, 2025

'TUJU' SIHIR MELALUI HIDANGAN JAMUAN

 



sumber : <<<mStar>>>

Rakan sejawat tak puas hati ditegur, ‘tuju’ sihir melalui hidangan jamuan... Wanita sengsara selepas gugur


'TUJU' SIHIR MELALUI HIDANGAN JAMUAN

BUKAN mudah memuaskan hati semua orang terutama mereka yang bergelar rakan sejawat.

Teguran yang diberikan adakalanya disalah anggap sehingga akhirnya mencetuskan dendam dalam diri.

Menerusi hantaran di laman sosial, seorang wanita berkongsi pengalaman disihir rakan sekerja wanita yang tidak berpuas hati kerana sering ditegur.

Memulakan cerita, dia yang dikenali sebagai Yani berkata, perbuatan kurafat individu terbabit hanya diketahui selepas dirinya mengalami keguguran.

"Kisah ni berlaku semasa aku baru kahwin dan disahkan hamil, nak dijadikan cerita aku keguguran semasa berada di kampung di Melaka.