sumber : <<<mStar>>>
Rakan sejawat tak puas hati ditegur, ‘tuju’ sihir melalui hidangan jamuan... Wanita sengsara selepas gugur
BUKAN mudah memuaskan hati semua orang terutama mereka yang bergelar rakan sejawat.
Teguran yang diberikan adakalanya disalah anggap sehingga akhirnya mencetuskan dendam dalam diri.
Menerusi hantaran di laman sosial, seorang wanita berkongsi pengalaman disihir rakan sekerja wanita yang tidak berpuas hati kerana sering ditegur.
Memulakan cerita, dia yang dikenali sebagai Yani berkata, perbuatan kurafat individu terbabit hanya diketahui selepas dirinya mengalami keguguran.
"Kisah ni berlaku semasa aku baru kahwin dan disahkan hamil, nak dijadikan cerita aku keguguran semasa berada di kampung di Melaka.