MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Apr 14, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP30 - TULANG KAKI BERTABURAN DI BILIK

 

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP30 - TULANG KAKI BERTABURAN DI BILIK

BERPELUH-PELUH seluruh badan akibat menebas di kebun pisang hingga santak senja. Tetapi Ucu Mahali tidak peduli apa-apa kalau sudah turun ke kebun. Dia tidak boleh duduk diam semenjak masuk ke felda, disebabkan terpaksa bekerja keras sepanjang hari.

Harapkan menoreh getah masakan boleh menampung hidup keluargangya, kalau tidak ditambah dengan berkebun pisang. Dalam tempoh seminggu Ucu Mahali boleh dapat RM70.00 apabila banyak pisang yang ditebang. Biarlah jiran-jiran menuduh dia tamakkan harta dunia disebabkan turun ke kebun sampai santak senja.

Dia masih mengibas-ngibas mata parang ke tengah belukar sekalipun Kak Banun sudah mendesaknya balik. Takkan menunggu azan berkumandang di surau baru mahu tinggalkan kebun pisang hingga tergesa-gesa mandi di bilik air. Tentu tergesa-gesa pula ambil wuduk lantas terburu-buru mencapai sejadah. Memang Ucu Mahali jarang berjemaah ke surau, disebabkan tidak sempat mahu terburu-buru ke surau di seberang pejabat kesihatan di dalam felda berkenaan.

Apr 13, 2025

MIMPI DISETUBUHI SESEORANG

 

Selalu sangat mimpi disetubuhi seseorang, itu tanda-tanda ‘Jin Asyik’ dalam badan!


SEBAGAI umat Islam kita wajib mempercayai kewujudan perkara ghaib, termasuklah jin.

Walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia, akan tetapi sebagai Muslim, kita wajib percaya tentang kewujudannya kerana al-Quran terlebih dahulu menetapkan akan kewujudan mereka.

Memandangkan jin wujud, maka gangguan daripada jin itu juga ada.

Ia boleh terjadi kepada siapa sahaja sama ada sihir yang dihantar oleh seseorang atau daripada kenakalan jin itu sendiri, contohnya kerana menyukai manusia.

Sememangnya banyak perkongsian di laman sosial mengenai kisah gangguan jin yang disebabkan oleh syahwat

Apr 12, 2025

ALAT SULIT TERASA PANAS SEPERTI DISALAI

 

Alat sulit rasa panas seperti disalai, lelaki merana selepas tebang pokok ara! - “Huru-hara dia letak ais dalam spender”


KATA orang lama, jangan sembarangan menebang tumbuhan lebih-lebih lagi pokok besar.

Salah tebang, buruk padahnya.

Ini kerana sesetengah pokok merupakan tempat paling disukai makhluk halus untuk 'melepak' atau bertenggek.

Menurut seorang perawat perubatan Islam, @Hasnanrili dia pernah berdepan kes pesakitnya mengalami gangguan selepas menebang sebuah pokok ara besar di belakang rumah.

Apr 11, 2025

KEDAI SENTIASA PENUH.....

 

Ayam keras, kuah kurang rasa tapi kedai sentiasa penuh... Ustaz tak sedap hati, terkejut jumpa bingkai aneh di dinding!


PERSAINGAN sengit menyebabkan sesetengah restoran mengambil jalan pintas untuk kekal relevan.

Malah segelintir pengusaha gerai dikatakan sanggup menggunakan ilmu hitam bagi menonjolkan perniagaan.

Melalui satu hantaran di laman Facebook, seorang pengamal perubatan Islam, Hisyam Jamil, berkongsikan pengalamannya mengunjungi sebuah restoran yang didakwa mengamalkan azimat.

Menurut Hisyam, dia merasakan makanan di gerai tersebut sebagai 'biasa-biasa' sahaja, namun sedikit aneh apabila ia dibanjiri pengunjung tanpa henti.

Apr 10, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP29 - DURI IKAN SEMBILANG DITUSUK KE KEPALA

 

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP29 - DURI IKAN SEMBILANG DITUSUK KE KEPALA

KEMERIAHAN majlis perkahwinan yang berlangsung di rumah Mat Sunud bertukar menjadi muram. Sebelum berlangsung majlis berinai pada sebelah malamnya, telah berlaku kekecohan di sebelah petangnya ketika rombongan pengantin lelaki datang dari Tangkak di Johor.

Keputusan kedua pihak keluarga pada peringkat awalnya sudah dimungkiri. Semasa perundingan awal diadakan bagi melangsungkan perkahwinan Masimah anak gadis Mat Sunud di Tanjung Karang, memang sudah dipersetujui majlis persandingan hanya diadakan di sebelah pihak perempuan saja.