Misteri gadis berkebaya putih di Gombak. Tahan teksi antara jam 12.00 – 2.00 pagi, minta dihantar ke kubur
PERNAH tak alami perkara menyeramkan semasa menaiki teksi di tengah malam? Ini kisah yang pernah saya alami suatu ketika dahulu.
Perkara ini berlaku lebih kurang 13 tahun lalu, tak silap saya sekitar tahun 2008 ketika saya tinggal di Gombak,Selangor.
Saya ingat lagi, malam itu malam Jumaat. Saya tiba di Hentian Puduraya kira-kira pukul 1.15 pagi selepas pulang bercuti dari kampung di Batu Pahat, Johor.
Saya terus mendapatkan teksi untuk pulang ke rumah. Seorang lelaki tua yang memperkenalkan dirinya sebagai Pak Din berusia 50-an adalah pemandu teksi yang saya naiki.