MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Feb 26, 2025

SERING HADIR DALAM MIMPI

 


"Jin terpikat dengan pelajar! Pertama kali ‘jumpa’ ketika pulang dari kelas malam, kemudian sering hadir dalam mimpi"


SEBAGAI pelajar kulinari di sebuah kolej di Shah Alam, Selangor, Azza (bukan nama sebenar) adakalanya terpaksa mengikuti kelas yang diadakan sehingga larut malam.

Pada suatu hari, ketika hari sudah lewat malam, dia bersama seorang lagi rakan sekelasnya, Syima berjalan kaki bersama untuk pulang ke kolej.

Sepanjang perjalanan 15 minit menuju ke kolej masing-masing, mereka berbual kosong bagi memecahkan kesunyian malam.

Kemudian, Syima menceritakan kisah seram di mana kolej yang dihuni Azza pernah mempunyai kes gangguan makhluk halus sebelum ini.

Menurut Syima, sebelum ini kecoh di kolej tersebut apabila kebanyakan pelajar perempuan kononnya diganggu oleh pocong hampir setiap malam.

Feb 25, 2025

Adakah Duyung Benar-Benar Wujud Atau Sekadar Mitos?

 


ALAM jin terlalu besar untuk dibicarakan, dan lautan pula terlalu luas untuk diteroka sepenuhnya.

Meliputi 70 peratus permukaan bumi, manusia hanya mampu menjelajahi sekitar lima peratus daripadanya.

Di sebalik kedalaman lautan, kita tidak akan tahu seberapa banyak makhluk Allah yang menjadi penghuninya.

Rakaman dan kisah daripada pelaut, penyelam, serta kajian sejarah kerap menggambarkan kewujudan makhluk misteri seperti duyung.

Persoalannya, adakah duyung benar-benar wujud atau sekadar mitos yang diwariskan daripada generasi ke generasi?

Feb 23, 2025

MISTERI HOTEL BERHANTU DI PORT DICKSON

 


Kisah yang aku nak kongsikan harini adalah tentang pengalaman aku yang terjadi di sebuah hotel yang agak menyeramkan di PD ketika aku dan family menghadiri family day tempat kerja ayah aku. Kami tiba di PD agak awal iaitu jam 11 pagi, oleh kerana rakan pejabat ayah aku yang lain belum sampai so kitorang tak boleh ambik kunci bilik lagi, so kitorang buat keputusan untuk bersiar-siar sekitar PD.

 Ketika tibanya di hotel sekitar jam pukul 1 petang, hotel ni taklah nampak seram sangat tapi apa yang peliknya adalah tak ramai penggunjung di hotel tu padahal ketika itu waktu cuti sekolah, memandangkan waktu tu aku masih kecil so aku pikir sebab company ayah aku dah booking hotel tu so memang takdw orang boleh datang. Petang tu kitorang enjoy dengan aktiviti family day yang dianjurkan.

Feb 22, 2025

COVER SONG - QOD ANSHOHA (COVER BY) IDA UQLUBIL SYAFAATAH


Qod Anshoha
Cover By : Ida@Uqlubi Syafatah

Edit by : Bropian WH

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP22 - MAYAT DIMANDI BINGKAS BANGUN

 

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP22 - MAYAT DIMANDI BINGKAS BANGUN

Ketika ini, kubur juga sudah siap digali sebelum masuk waktu zohor lagi. Mereka sudah tetapkan, jenazah mesti dikebumikan sebelum waktu zohor disebabkan sudah lama semalaman terbujur. Siak Deraman tidak mahu melambat - lambatkan mengebumikan jenazah setelah beliau diberitahu Mat Senik sudah meninggal dunia selepas maghrib. Semalaman pula mereka berjaga bersengkang mata membacakan ayat - ayat suci al quran di sisi jenazah secara bergilir - gilir.

Mereka semua mematuhi arahan Siak Deraman supaya jenazah Mat Senik dikebumikan dengan segera. Apalah gunanya menunggu hingga selepas waktu zohor kalau mahu kebumikan jenazah, dalam masa kubur sudah siap digali. Sebaik sahaja diberitahu supaya menggali kubur, lantas Surip Lekeh pagi - pagi lagi sudah menggalas cangkul dengan penyodok ke tanah perkuburan. mereka seisi kampung mesti bergotong royong menggali kubur apabila diberitahu ada orang yang meninggal dunia.