MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Jan 14, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP11 - SUMPAH PELESIT TURUN TEMURUN



SEHINGGA pukul 10 malam, Simah isteri Meon masih mengerang-ngerang sakit kepala. Pada mulanya saya menyangkakan dia pening kepala biasa saja, mungkin disebabkan hawa panas. Tetapi akhirnya Meon memberitahu Simah akan diserang sakit kepala setiap kali saya datang ke situ.

Bagaimanapun sakit kepalanya itu akan beransur hilang bila saya meninggalkan rumahnya. Sebenarnya Simah memang selalu diserang sakit kepala, cuma sakitnya bertambah berat kalau saya datang menemui Meon. Setelah lima tahun berkahwin dengan Meon rumahtangga mereka tidak begitu tenteram. Simah sentiasa merasa tidak tenteram dengan sikap Meon.

Jan 11, 2025

A.i Project - Desert Storm [Instrumental]



Thank you for watching this video, anyone who wants to use it as a background for your project is welcome. just subscribe and give credit to this channel. Music : A.i By : Bropian_Ai

Jan 10, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : RECAP EP1 - EP10

 



Assalamualaikum... Posting kali ini hanya sekadar RECAP Koleksi Tok Awang Ngah dari Siri 1 sehingga Siri 10, iaitu bagi memudahkan anda yang meminati kisah-kisah misteri dan mistik daripada koleksi Tok Awang Ngah.

Staytune untuk siri-siri seterusnya yang akan di upload dalam BLOG LUBUKPUAKA ini.

Gadis Kolej Dirasuk ‘Roh’ Puteri Bunian

 


Jangan pasang lagu tu! Gadis kolej dirasuk ‘roh’ puteri bunian Ulek Mayang... Tiba-tiba buka langkah tarian lemah gemalai


MUNGKIN ramai yang tidak mengambil serius tentang 'roh' yang dikatakan wujud dalam lagu rakyat Ulek Mayang.

Bagi seorang penari tradisional ini, dia rela diherdik rakan-rakan hanya kerana ketegasannya untuk tidak membenarkan lagu 'berhantu' itu dimainkan ketika sesi latihan.

Jan 8, 2025

Khasiat Pokok Letup-Letup (Passiflora feotida)

 



Passiflora feotida atau nama tempatannya pokok letup-letup berasal daripada keluarga yang sama dengan buah markisa iaitu Passifloraceae. Oleh sebab itu, letup-letup juga dikenali dengan nama lainanya iaitu buah markisa belukar. Namun ada segelintir yang mengenali tanaman ini sebagai buah ulat bulu disebab oleh fizikalnya yang dilindungi oleh kelongsong seperti ulat bulu. Sebenarnya, letup-letup punya banyak khasiat. Ia telah di amal sejak dahulu kala lagi. Kini ia bagaikan susah tidak wujud lagi. Sebab itulah tanaman ini dikategorikan sebagai buah eksotik.