Passiflora feotida atau nama tempatannya pokok letup-letup berasal daripada keluarga yang sama dengan buah markisa iaitu Passifloraceae. Oleh sebab itu, letup-letup juga dikenali dengan nama lainanya iaitu buah markisa belukar. Namun ada segelintir yang mengenali tanaman ini sebagai buah ulat bulu disebab oleh fizikalnya yang dilindungi oleh kelongsong seperti ulat bulu. Sebenarnya, letup-letup punya banyak khasiat. Ia telah di amal sejak dahulu kala lagi. Kini ia bagaikan susah tidak wujud lagi. Sebab itulah tanaman ini dikategorikan sebagai buah eksotik.



