MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Jan 28, 2025

Tiba-Tiba Dia Merangkak Macam Harimau

 


“Tiba-tiba dia merangkak macam harimau” - Isteri tersirap darah tengok suami, akhirnya teka-teki mantera belakang pintu bilik tidur terjawab!


TIADA salahnya untuk setiap daripada kita bersikap cerewet dalam mencari pasangan sehidup semati.

Ini kerana jika tersilap langkah, pasti merana sepanjang hayat.

Begitulah kisah dilalui seorang wanita dikenali sebagai Aina (bukan nama sebenar) apabila dia berkahwin dengan lelaki yang tanpa disedarinya mempunyai rahsia gelap.

Menurut Aina, dia menyedari sesuatu yang aneh tentang suaminya apabila mereka mula tinggal sebumbung.

Jan 21, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP13 - HARIMAU MELOMPAT TENGAH SERAMBI

 



Tergelak besar Wak Samin bila saya tanyakan kepadanya mengenai harimau cinaku atau harimau jadian. Bagi mereka di Sumatera terutama di daerah Jambi kisah harimau cinaku ini perkara biasa saja kepada mereka, tetapi bagi orang-orang di Semenanjung mendengarnya sebagai cerita tahyol saja. Sebab itu Wak Samin tergelak besar, kerana pada sangkaannya saya hanya mahu bertanya disebabkan merasakan cerita tersebut sebagai tahyol saja.

Jan 18, 2025

Pemuda Tak Boleh Lupa Peristiwa Kena Badi Mayat

 


"Bakal beraya di kampung, pemuda tak boleh lupa peristiwa kena badi mayat... Mangsa kemalangan datang ketuk tingkap"


SEPERTI kebiasaan menjelang Hari Raya Aidilfitri, Amirul akan pulang ke kampung di Jeram, Selangor bersama kedua-dua ibu dan bapanya.

Namun, sehingga kini dia masih tidak dapat melupakan pengalamannya terkena badi mayat tujuh tahun lalu.

Jan 15, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP12 - HANTU PONTIANAK TERSESAT

 



KESIHAN saya mendengar cerita Jali mengenai kematian emaknya semasa melahirkan anak kira-kira 20 tahun dulu. Saya kesihan bukanlah disebabkan emaknya meninggal dunia, kerana perkara meninggal dunia adalah sudah ditentukan Allah. Tetapi saya kesihan kerana jenazah emaknya sebelum dikebumikan telah dicucukkan jarum pada kesemua jari tangan dan kakinya.