MAKHLUK APA YANG MENYERUPAI AYAH
-Makhluk apa yang menyerupai ayah dan mengorek tembuni kakak tu?-
INI kisah lama, berkaitan orang-orang tua dahulu tanam tembuni atau uri bayi. Kisah ini diceritakan arwah ayah aku dulu.
Sekitar tahun 1970-an, ayah aku tinggal bersama keluarga mertuanya di sebuah kampung di Pontian, Johor. Kami berketurunan Jawa dan memanggil atuk sebagai Yai. Ia terjadi pada malam 19 Ogos 1976. Ayah aku memang ingat tarikh tersebut kerana pada tarikh itu lah kakak sulung aku lahir.