PERJALANAN balik mengikut lebuh raya Karak itu terlalu letih menyebabkan saya tertidur sebentar. Malam sudah larut kira-kira jam 2 pagi. Kadir Misai terus memandu walaupun sekali sekala dia terkuap-kuap mengantuk.
“Kalau mengantuk berhenti dulu…” saya mengingatkan dia.
“Tak apalah ustaz,” sahutnya masih yakin.
“Kita berhenti di tepi jalan dan tidur untuk hilangkan
mngantuk,” saya menyuruhnya supaya tidak kerkuap-kuap sepanjang jalan.
“Ah, saya dah biasa ustaz” beritahu Kadir Misai berkeras
mahu meneruskan perjalanan.
“kadangkal sampai pagi pun saya tahan memandu kereta ni…” katanya tidak mahu berhenti untuk merihatkan badan sebentar.