MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Aug 4, 2025

ORANG MINYAK

 


 ORANG MINYAK

Lokasi : Kampung Deru Malam


Kampung Deru Malam, terletak antara paya dan laut di pinggir negeri Terengganu, adalah kampung yang sunyi waktu siang…

Tapi tak pernah benar-benar senyap waktu malam.

Orang lama kata, angin malam di sini bawa suara orang lama.
Dan sejak bulan gelap mula menggantung di langit, suara-suara itu jadi makin jelas.

Mak Mah, bidan kampung yang tinggal di hujung dusun, mengunci pintu rumah jam 6 petang setiap malam — satu amalan pelik, tapi katanya:

“Orang lain tutup pintu elak pencuri. Aku tutup pintu elak orang minyak.”

TOK AWANG NGAH : EP43 - MENGAPA TUBUHNYA JADI REPUT

 


 

TOK AWANG NGAH  : EP43 - MENGAPA TUBUHNYA JADI REPUT

 

Tidak jadi saya dan Mat Sitam ke Lancang menjemput Ulung Bahar kerana keadaan Saidon semakin teruk. Terkopak papan-papan dinding ditendangnya. Dia terus mengamuk, tidak peduli ditegah oleh Ngah Jamat sekalipun. Sebab itulah saya dan Mat Sitam mengambil keputusan tidak pergi menjemput Ulung Bahar.

Bukanlah bererti kami mengalah kepada kemahuan Saidon yang sudah dirasuk syaitan itumenyebabkan tidak jadi ke Lancang, tetapi kami tidak sampai hati membiarkan Ngah Jamat seorang sahaja lelaki di situ, sekiranya kami berdua pergi. Cuma Mak Ripah isteri Ngah Jamat yang ada di situ. Jiran-jiran lain belum datang kerana masing-masing belum ke rumah dari bekerja. Ada yang ke sawah, ada yang ke kebun, ada yang ke hutan mencari rotan.

Aug 3, 2025

SAKA WARISAN BERDARAH

 

 

SAKA WARISAN BERDARAH

Lokasi: Sebuah kampung lama di Hulu Pahang

 

Keluarga Ahmad baru berpindah ke rumah pusaka milik arwah datuk di Kampung Sepat Hulu. Rumah itu sudah lama terbiar selepas kematian nenek tua mereka yang dikenali orang kampung sebagai Mak Timah Bomoh Hujung Bukit.

"Rumah ni nampak elok, bang… tapi sunyi sangat waktu malam," kata isterinya, Rohani, perlahan.

Malam pertama, anak bongsu mereka, Luqman, 6 tahun, mula bercakap sendirian di dapur.

"Nenek kata aku comel. Dia nak ajar aku main benda seronok."

 Hari demi hari, gangguan semakin pelik.

Aug 2, 2025

KELIBAT NENEK MISTERI DAN KAYU BALAK

 

Sumber : <<<Mastika>>>

November 23, 2023

KELIBAT NENEK MISTERI DAN KAYU BALAK

Kelibat nenek tua dan misteri kayu balak di atas lebuh raya

Dalam dunia yang penuh misteri dan keanehan ini sering kali terbit cerita-cerita yang ada kalanya tidak masuk akal diceritakan ramai. Penampakan kelibat aneh adalah salah satu daripada peristiwa pelik yang dialami ramai orang.

Kelibat adalah terma yang digunakan bagi menjelaskan kejadian aneh bayang susuk tubuh atau imbasan sesuatu yang berlaku pantas dalam masa beberapa detik dilihat oleh anak mata. Satu kejadian paranormal yang biasa namun kesannya besar pada mangsa terutama daripada sudut psikologi.

Satu kes pernah berlaku sekitar tahun 2007 di sebuah pekan kecil di selatan tanahair. Sebuah keluarga yang sedang dalam perjalanan ke Johor pada satu tengah malam ketika hujan renyai membasahi tar jalan raya. Waktu sudah menunjukkan pukul 2.15 pagi.

Aug 1, 2025

JURURAWAT MENJERIT DALAM TANDAS WAD

 

Sumber : <<<Mistik>>>

Jun 19, 2025

JURURAWAT MENJERIT DALAM TANDAS WAD

“Macam muka arwah!” - Jururawat menjerit dalam tandas wad, nampak kelibat makhluk lidah terjelir mirip pesakit baru meninggal


BAGI petugas kesihatan seperti jururawat, bekerja pada waktu malam bukanlah satu perkara yang pelik.

Malah ada segelintir jururawat yang suka bekerja pada waktu malam kerana suasananya lebih tenang berbanding di siang hari.

Bagi Syira (bukan nama sebenar), dia juga suka bekerja waktu malam kerana kebanyakan pesakit hanya akan berehat dan tidur.

Namun, berlaku satu kejadian sekitar hujung tahun 2023 yang menyebabkan dia trauma untuk bekerja.