Sumber : <<<<mStar>>>>
Julai 1, 2025
MENYESAL TENGOK CERMIN SISI
Menyesal tengok cermin sisi! Gadis balik kerja lewat malam diganggu atas motosikal... Nampak kelibat wajah hangus, berdarah
RAMAI pelajar bekerja secara sambilan sementara menanti keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).
Anis (bukan nama sebenar) turut bekerja di sebuah warung selepas menamatkan pengajian di tingkatan lima.
Setiap hari, Anis menunggang motosikal milik bapanya untuk berulang ke tempat kerja yang terletak di kampung sebelah.
Sebagai pekerja warung kampung, dia sudah lali dengan rutin yang berakhir lewat malam.