MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Jun 1, 2025

STESEN KERETA API LAMA JAM 1:16

 


STESEN KERETA API LAMA JAM 1:16

Stesen Yang Hanya Muncul Jam 1:16

Lokasi: Sebuah stesen KTM lama, luar bandar Perak
Tahun 2021

Afiq, juruteknik muda, menaiki KTM malam dari KL Sentral ke Taiping selepas dapat berita ayahnya sakit tenat. Dia tertidur di dalam tren yang hampir kosong.

Sekitar jam 1:16 pagi, tren tiba-tiba berhenti di sebuah stesen yang tak ada dalam jadual. Paparan digital tren hanya menunjukkan satu perkataan:

“SINGGAH.”

May 28, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1



SBDJ (JILID 1) : EP 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA

Datuk termenung panjang, saya lihat daun telinganya bergerak tiga kali ke depan, macam telinga arnab. Mata dan muka Ujang Selamat ditenungnya.

"Ada saudara mara awak yang sakit?" tanya datuk.

"Semalam, ada orang dari Parit mencari, kalau ada orang yang boleh mengubat anak dara berperut

buncit."

"Tidak, dia sakit," biji mata Ujang Selamat terbeliak memandang wajah datuk. Saya sandarkan badan ke dinding. Matahari petang kian condong.

"Kaum awak Ujang?" soal datuk.

"Ada kena mengena dengan bini saya."

"Jadi apa ikthiar kau?"

Minta jasa tok pawanglah untuk mencari orang mengubatnya atau tok pawang sendiri berusaha."

May 27, 2025

Misteri Boneka Okiku

 

Misteri boneka Okiku. Patung yang rambutnya sentiasa tumbuh memanjang bagaikan manusia hidup

Sumber : <<<Mastika>>>
Mac 24, 2021

Ceritanya bermula sekitar tahun 1918 di Jepun.  Ketika itu seorang pemuda berusia 17 tahun, bernama Eikichi Suzuki tertarik dengan sebuah patung ketika berkunjung ke Sapporo.

Baginya, patung itu sangat cantik. Berwajah putih bagai porselin, bermata hitam pekat umpama mutiara hitam, berambut lebat paras bahu, tinggi sekitar 40 sentimeter dan memakai kimono.

Suzuki kemudian membeli boneka itu buat adiknya, Okiku. Seperti yang dijangka, Okiku yang berumur dua tahun sangat menyukai pemberian abangnya itu.

May 26, 2025

PART 3 : WAD 13 TIDAK WUJUD - PANGGILAN TERAKHIR (TAMAT)

 

PART 3 : WAD 13 TIDAK WUJUD - PANGGILAN TERAKHIR (TAMAT)

Selepas kematian pesakit di bilik 6B, aku dah nekad — aku nak tahu apa sebenarnya yang berlaku di hospital ni. Aku tak sanggup terus bekerja dalam ketakutan, malam demi malam diganggu oleh sesuatu yang tak dapat dijelaskan.

Aku mula selidik fail-fail lama. Aku berjaya masuk ke bilik rekod arkib dengan bantuan pembantu perubatan lama, Encik Hafiz. Dalam fail bertarikh 2003, aku jumpa rekod kejadian kematian jururawat bernama Siti Mariam, yang meninggal dunia semasa bertugas malam — jatuh ke dalam lif rosak di aras kosong.

May 25, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP38 - DITIMPA BADI RUSA JANTAN

 


KOLEKSI TOK AWANG NGAH : SIRI 38 - DITIMPA BADI RUSA JANTAN

Tergerak juga di hati Mail Togok mahu membawa isterinya Kimah balik sahaja ke rumah, tetapi bimbang jua dia kalau keluarga isterinya akan salahkan pula dia. Memanglah dia berhak pada diri Kimah sebagai isterinya, namun dalam keadaan Kimah terbaring di katil hospital, dia perlukan juga pandangan sanak saudara. Manalah tahu perkara buruk berlaku, tentu siapa pun tidak boleh disalahkan.

Sudah lama sangat Kimah terlantar di katil hospital sejak hampir sebulan dimasukkan ke wad. Terpaksa juga Mail Togok bawa isterinya ke hospital dengan tidak memberitahu sanak saudara terlebih dahulu. Manalah dia dapat menahan sabar tatkala Kimah mengerang-ngerang di tengah malam menangung sakit kepala.