MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

May 7, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP35 - HANTU BERJALAN DENGAN TANGAN

 

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP35 - HANTU BERJALAN DENGAN TANGAN

Bunyi burung birik-birik lalu di tengah malam terasa mengerunkan juga. Kawan-kawan saya yang sama-sama tidur di madarasah bernama Katib cepat-cepat tidur mengerengkan badan, kerana emaknya berpesan apabila burung birik-birik berbunyi di tengah malam hendak lah tidur mengereng. Katib memang tidur di madarasah, tapi tiap-tiap pagi selepas subuh dia akan balik untuk bersekolah di sebelah paginya pula.

Kami yang bersekolah hanya belajar di sebelah petang saja di madarasah Tok Aji. Sebelah petang pula belajar membaca Quran. Katib ini memang disayangi oleh Tok Aji kerana suaranya bagus membaca Quran. Semasa Tok Aji menganjurkan pertandingan di kalangan pelajar madarasah, Katib berjaya mendapat markah yang tinggi membaca Quran.

Bagaimanapun dia tetap memegang teguh pesanan emaknya supaya tidur mengereng bila burung birik-birik berbunyi di tengah malam.

May 6, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP9 - PANJAT BILIK ANAK DARA

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1



SIRI 9 - PANJAT BILIK ANAK DARA

Datuk menyuruh saya memadamkan lampu minyak tanah. Sebatang lilin yang bercahaya dipadamkannya. Keadaan dalam rumah jadi agak samar‐samar dan sepi sekali. Bunyi katak dacengkerik jelas kedengaran. Sayup‐sayup terdengar suara burung hantu ganas di ranting. Atap pondok bagaikan bergerak‐gerak ditempoh angin. Serentak dengan itu terdengar bunyi air menimpa atappondok. Bulu roma saya tegak berdiri bila terdengar bunyi suara orang perempuan ketawa dan menangis tersedu‐sedu, dekat pokok tembusu di belakang pondok.

"Suara langsuri, bertenang cucuku, bertenang kitan mencari jalan kebaikan dan bukan jalan jahat," bidik datuk ke telinga saya.

Datuk tidak bergerak bila seketul batu besar meluru masuk ke dalam pondok. Batu itu tepat mengenai pangkal bahu kiri datuk. Bila batu jatuh atas lantai, pondok kecil bergegar datuk tidak peduli. Dengan pertolongan cahaya lilin saya merenung ke muka pintu. Satu lembaga besar tanpa tangan, tanpa kaki dan kepala berdiri di situ.

Misteri Perempuan Tua Di Sebalik Pokok Kemang

 


Diceritakan oleh Mohd Razip

Januari 6, 2022

Sumber : <<<Mastika>>>


PERNAH dengar pokok kemang? Selalunya orang panggil pokok binjai. Pokoknya tinggi merimbun, banyak cabang.

Orang tua aku panggil pokok kemang. Keluarga aku ada kisah dengan pokok ini. Masa aku kecil, pokok ni antara objek yang paling aku takuti. Bukan aku je, tapi budak-budak kampung semua takut dengan pokok ni.

Kampung aku terletak di Senggarang, Batu Pahat, Johor. Masa aku kanak-kanak dulu, ada sebatang pokok kemang yang besar terletak kira-kira enam tujuh meter dari jalan kampung kami. Pokok kemang tu menyimpan banyak cerita yang aku takkan lupakan sampai sekarang.

May 5, 2025

(DIKIR)Lawa Lava Lawa - Aris Kapilla & Jemy Intan Berlian


KOLEKSI DIKIR

SONG : LAWA LAVA LAWA

ARTIST : JIMI INTAN BERLIAN (JIB) & ARIS KAPILLA



Dengan Siapa Saya Bersembang???

 

“Ini memang rumah Pak cik Muin, tapi dah setahun dia meninggal.” Habis, dengan siapa saya bersembang tadi?

Catatan : Hanaffi Yusoh, Kota Bharu,Kelantan
Febuari 29, 2024

Kisah yang akan saya ceritakan ini sudah lama berlaku, hampir 20 tahun lalu. Waktu itu, saya membuka sebuah kedai makan di Kampung Kedai Lalat di Kota Bharu, Kelantan.

Kebiasaannya, pukul 11.00 malam saya sudah menutup kedai. Suatu malam, selesai mengunci kedai, saya pulang ke rumah dengan menaiki motosikal. Bagaimanapun, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah yang terletak kira-kira enam kilometer dari situ, saya ternampak seorang lelaki tua terbongkok-bongkok sedang melintas jalan.

Timbul rasa kasihan dalam hati. Saya memberhentikan motosikal betul-betul di hadapannya. “Nak ke mana, pak cik?” soal saya.

Nak balik rumah,” balas lelaki tua itu.