MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]
Showing posts with label pusaka. Show all posts
Showing posts with label pusaka. Show all posts

Mar 3, 2026

ARWAH AYAH 'BALIK' LEPAS DIKEBUMI

 

Sumber: <<MSTAR | MISTIK>>  November 10,2025


ARWAH AYAH 'BALIK' LEPAS DIKEBUMI

-Pintu ditendang, kesan tapak kaki depan rumah... Anak syak arwah ayah ‘balik’ lepas dikebumi, urusan saka belum selesai-


LANGIT seolah-olah mengerti kesedihan Adam (bukan nama sebenar) selepas jenazah bapanya dikebumikan pada petang itu.

Ketika Maghrib hampir menjelma, hujan turun dengan lebatnya dan berterusan sehingga ke tengah malam.

Suasana di kampungnya cukup sunyi, hanya kedengaran bunyi titisan air yang jatuh menimpa atap zink menemani malam duka Adam sekeluarga.


Oct 11, 2025

AMUKAN MALAM DI RUMAH PUSAKA

 


AMUKAN MALAM DI RUMAH PUSAKA


Malam itu, angin bertiup kencang, menggoyangkan dedaunan kelapa di sekeliling sebuah rumah kayu lama yang sudah berusia lebih seratus tahun. Rumah pusaka itu terletak di hujung sebuah kampung di Kedah, berdiri megah dengan tiang serinya yang tinggi. Namun, walaupun masih kukuh, rumah itu ditinggalkan kosong hampir dua dekad lamanya. Orang kampung percaya, rumah itu bukan sembarangan—ia dihuni sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.


May 9, 2025

KKN DI DESA PENARI : Di Sebalik Kisah Benar Yang Diangkat Ke Layar Perak

 


Oleh : Nita Dahnim

May 18, 2022

Sumber : <<<UtusanTV>>>

KETIKA ini sedang hangat diperkatakan tentang filem Indonesia berjudul KKN Di Desa Penari yang sedang ditayangkan di pawagam. Kisah filem ini tular diperkatakan sejak tahun 2019 lagi.

KKN Di Desa Penari merupakan filem arahan Awi Suryadi. Filem ini asalnya dijadualkan tayangannya pada Mac 2020, namun ia ditunda kerana pandemik Covid-19.

Filem ini mula ditayangkan pada penghujung April 2022 dan tidak lama selepas itu mula menjadi bualan hangat netizen Indonesia dan Malaysia.

Filem ini mengisahkan tentang 6 orang mahasiswa bernama Nur, Widya, Ayu, Bima, Anton dan Wahyu yang menjalankan tugasan semester akhir mereka di sebuah desa terpencil dan mengalami pelbagai perkara misteri sepanjang berada di situ.

Antaranya penampakan wanita cantik dan lembaga hitam bertanduk kerbau, mendengar bunyi gamelan dan pelbagai lagi peristiwa yang menyeramkan dan menimbulkan tanda tanya.

May 5, 2025

Dengan Siapa Saya Bersembang???

 

“Ini memang rumah Pak cik Muin, tapi dah setahun dia meninggal.” Habis, dengan siapa saya bersembang tadi?

Catatan : Hanaffi Yusoh, Kota Bharu,Kelantan
Febuari 29, 2024

Kisah yang akan saya ceritakan ini sudah lama berlaku, hampir 20 tahun lalu. Waktu itu, saya membuka sebuah kedai makan di Kampung Kedai Lalat di Kota Bharu, Kelantan.

Kebiasaannya, pukul 11.00 malam saya sudah menutup kedai. Suatu malam, selesai mengunci kedai, saya pulang ke rumah dengan menaiki motosikal. Bagaimanapun, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah yang terletak kira-kira enam kilometer dari situ, saya ternampak seorang lelaki tua terbongkok-bongkok sedang melintas jalan.

Timbul rasa kasihan dalam hati. Saya memberhentikan motosikal betul-betul di hadapannya. “Nak ke mana, pak cik?” soal saya.

Nak balik rumah,” balas lelaki tua itu.

May 4, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP8 - MANUSIA BERKEPALA ANJING

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1



SBDJ (JILID 1)SIRI 8 - MANUSIA BERKEPALA ANJING

"Apa yang datang tok ?" tanya saya ingin tahu.

"Kau jangan banyak cakap," Datuk menyergah saya.

Mukanya kelihatan bengis. Masa itu datuk sudahpun mengenakan baju hitam, seluar hitam di badan. Kepalanya juga dililit dengan kain hitam. Dalam hati kecil saya timbul keraguan tentang diri datuk. Saya mengira dia ada hubungan dengan pengganas komunis. Kalau tidak masakan dia berani berjalan malam waktu zaman dharurat.

"Ke tepi," datuk menolak badan saya yang tercegat di muka pintu masjid. Saya tersungkur atas lantai.