Bunyi burung birik-birik lalu di tengah malam terasa mengerunkan juga. Kawan-kawan saya yang sama-sama tidur di madarasah bernama Katib cepat-cepat tidur mengerengkan badan, kerana emaknya berpesan apabila burung birik-birik berbunyi di tengah malam hendak lah tidur mengereng. Katib memang tidur di madarasah, tapi tiap-tiap pagi selepas subuh dia akan balik untuk bersekolah di sebelah paginya pula.
Kami yang bersekolah hanya belajar di sebelah petang saja di madarasah Tok Aji. Sebelah petang pula belajar membaca Quran. Katib ini memang disayangi oleh Tok Aji kerana suaranya bagus membaca Quran. Semasa Tok Aji menganjurkan pertandingan di kalangan pelajar madarasah, Katib berjaya mendapat markah yang tinggi membaca Quran.
Bagaimanapun dia tetap memegang teguh pesanan emaknya supaya tidur mengereng bila burung birik-birik berbunyi di tengah malam.