KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP32 - LELAKI TUA MENUNTUT JANJI
Malam tidak bercahaya kerana bulan tidak mengambang, Bila bulan mula menghujung, bulan akan mengambang apabila semakin dini hari. Sebab itulah orang-orang Islam percaya kiraan Tahun Hijrah lebih tepat dari Tahun Masehi, kerana edaran bulan mengikut kiraan Yahun Hijrah. Kita perhatkan sahaja apabila bulan purnama sudah tentulah pada setiap 15 haribulan Tahun Hijrah.
Tetapi orang-orang kita lebih mengikut Tahun Masehi. Disebabkan kita terikut-ikut Tahun Masehi sebagai tahun antarabangsa. Pada hal edaran bulan tidak langsung mengikut Tahun Masehi. Mungkin juga pengaruh penjajah yang menanam semangat kita sentiasa menghormati Tahun Masehi. Malah ramai dari orang-orang kita tidak peduli langsung mengenai kiraan Tahun Hijrah ini.