Selalu sangat mimpi disetubuhi seseorang, itu tanda-tanda ‘Jin Asyik’ dalam badan!
SEBAGAI umat Islam kita wajib mempercayai kewujudan perkara ghaib, termasuklah jin.
Walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia, akan tetapi sebagai Muslim, kita wajib percaya tentang kewujudannya kerana al-Quran terlebih dahulu menetapkan akan kewujudan mereka.
Memandangkan jin wujud, maka gangguan daripada jin itu juga ada.
Ia boleh terjadi kepada siapa sahaja sama ada sihir yang dihantar oleh seseorang atau daripada kenakalan jin itu sendiri, contohnya kerana menyukai manusia.
Sememangnya banyak perkongsian di laman sosial mengenai kisah gangguan jin yang disebabkan oleh syahwat