Alat sulit rasa panas seperti disalai, lelaki merana selepas tebang pokok ara! - “Huru-hara dia letak ais dalam spender”
KATA orang lama, jangan sembarangan menebang tumbuhan lebih-lebih lagi pokok besar.
Salah tebang, buruk padahnya.
Ini kerana sesetengah pokok merupakan tempat paling disukai makhluk halus untuk 'melepak' atau bertenggek.
Menurut seorang perawat perubatan Islam, @Hasnanrili dia pernah berdepan kes pesakitnya mengalami gangguan selepas menebang sebuah pokok ara besar di belakang rumah.