MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Mar 20, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP25 - MANDI AIR 7 KUALA

 

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP25 - MANDI AIR 7 KUALA

Perkara lama terkejang berbulan - bulan hingga ombak dada kencang turun naik tidak sama dengan amalan mahu tenaga gagah. Tentu Kasan Tobek juga tidak berniat mahu tenaganya gagah apabila datuknya Tok Semulih mandikan dia apung semasa masih kecil tatkala terkial - kial berjalan. Bimbang juga datuknya akan lutut cucunya akan terkoyak luka kalau jatuh tersungkur.

Sebab itu Kasan Tobek dimandikan amalan apung apabila dijirus air 7 kuala sungai. beberapa kali Kasan Tobek jatuh tersungkur, tidak pernah pun dia mengalami luka kepala lutut. ketika umurnya 10 tahun pun Kasan Tobek tidak berasa sakit apa - apa tatkala jari kakinya ditusuk lidi enau hingga tembus sampai ke sebelah.

MISTERI HARUMAN DAUN PANDAN

 

Misteri haruman daun pandan, adakah dari penunggu…

WANITA berseragam putih merah yang di dada kirinya tertera logo syarikat pembersihan itu, melihat jam yang dipakainya. Jarum menghampiri 10.00 malam. Hanya berbaki sejam sahaja waktu kerjanya akan habis di sebuah hospital di utara tanah air.

Sebagai seorang cleaner, Rozi akan memastikan wad pembedahan yang terletak di tingkat bawah hospital sentiasa dalam keadaan bersih. Begitulah rutin Rozi bersama empat lagi rakannya. Sudah lebih 15 tahun dia bertugas di situ.

Seperti biasa hari itu, Rozi bertugas dari pukul 3.00 petang hingga 11.00 malam bersama rakannya. Tapi entah mengapa, malam itu dia berasa sedikit canggung. Hujan yang mulanya renyai bertukar menjadi lebat diiring petir sabung-menyabung.

Mar 17, 2025

DISERGAH PENUNGGU RUMAH SEWA

 


Tersandung kaki meja, kepala terhantuk pada bucu sofa... Duda jatuh pengsan, disergah penunggu rumah sewa!


SELEPAS berpisah dengan isterinya sekitar seminggu yang lalu, Haziq membawa diri jauh ke ibu kota meninggalkan kampung halaman yang terletak di Perak.

Memandangkan pasangan yang sudah berkahwin selama lapan tahun itu tidak dikurniakan zuriat, urusan penceraian mereka menjadi lebih mudah.

Kini si duda ini tinggal bersendirian di rumah sewanya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, dan bekerja di sebuah syarikat insurans berdekatan.

"Kami memang dah tak jumpa terus lepas berpisah haritu. Sementara nak biasakan diri uruskan rumah sendirian, saya upah seorang makcik sebagai pembantu rumah yang dibayar mengikut waktu kerja dia.

Mar 15, 2025

Misteri Gadis Berkebaya Putih Di Gombak

 

Misteri gadis berkebaya putih di Gombak. Tahan teksi antara jam 12.00 – 2.00 pagi, minta dihantar ke kubur

PERNAH tak alami perkara menyeramkan semasa menaiki teksi di tengah malam? Ini kisah yang pernah saya alami suatu ketika dahulu.

Perkara ini berlaku lebih kurang 13 tahun lalu, tak silap saya sekitar tahun 2008 ketika saya tinggal di Gombak,Selangor.

Saya ingat lagi, malam itu malam Jumaat. Saya tiba di Hentian Puduraya kira-kira pukul 1.15 pagi selepas pulang bercuti dari kampung di Batu Pahat, Johor.

Saya terus mendapatkan teksi untuk pulang ke rumah. Seorang lelaki tua yang memperkenalkan dirinya sebagai Pak Din berusia 50-an adalah pemandu teksi yang saya naiki.