MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]
Showing posts with label keras. Show all posts
Showing posts with label keras. Show all posts

Mar 20, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP25 - MANDI AIR 7 KUALA

 

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP25 - MANDI AIR 7 KUALA

Perkara lama terkejang berbulan - bulan hingga ombak dada kencang turun naik tidak sama dengan amalan mahu tenaga gagah. Tentu Kasan Tobek juga tidak berniat mahu tenaganya gagah apabila datuknya Tok Semulih mandikan dia apung semasa masih kecil tatkala terkial - kial berjalan. Bimbang juga datuknya akan lutut cucunya akan terkoyak luka kalau jatuh tersungkur.

Sebab itu Kasan Tobek dimandikan amalan apung apabila dijirus air 7 kuala sungai. beberapa kali Kasan Tobek jatuh tersungkur, tidak pernah pun dia mengalami luka kepala lutut. ketika umurnya 10 tahun pun Kasan Tobek tidak berasa sakit apa - apa tatkala jari kakinya ditusuk lidi enau hingga tembus sampai ke sebelah.

Mar 6, 2025

BAJU BUNDLE PUN 'KERAS'

 

Badan panas, kena tindih... Tak sangka baju bundle pun ‘keras’! Perawat dedah pulihkan peminat pakaian terpakai kena gangguan


TIDAK dinafikan, ramai dalam kalangan kita merupakan peminat barangan terpakai atau disebut 'bundle'.

Golongan anak muda adalah antara penggemar atau pemburu barangan bundle khususnya daripada jenama terkenal luar negara.

Selain boleh diperoleh dengan harga yang jauh lebih murah, kualiti barangan bundle juga tidak mengecewakan.