Angin petang bertiup menyebabkan pucuk-pucuk pokok getah ke kiri kanan jalan meliuk-liuk. Terasa juga angin lembut itu begitu sejuk menegakkan bulu roma. Kira-kira baru saja jam 5.30 petang, tetapi Jubir Ceding sudah pun balik ke rumah dari meniaga di pasar dibandar, kira-kira 10 batu dari kampungnya.
Tiap tiap pagi dia dan isterinya Semah keluar ke bandar berniaga di pasar, dan maghrib mereka berdua balik ke rumah. Tidak ada apa yang hendak dirisaukan lagi oleh mereka berdua kerana anak-anak semuanya sudah besar, dan sudah pulang ke rumah kata orang-orang kampung. Maksudnya sudah pulang ke rumah ialah sudah berkahwin dan berkeluarga sendiri.