MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Dec 12, 2024

APA ITU KERIS?

 


Apa itu KERIS?

Apa maksud disebalik namanya Keris.

Mata bilah keris ni tajam kedua belah, kiri atau kanan, keris tak sama dengan pisau, parang. Disebab itulah keris adalah senjata tikam. Tak sama seperti pedang, parang, yang mana kedua senjata ini untuk menetak ataupun melibas.

Dec 9, 2024

7 TEMPAT SERAM DAN MISTERI DI DUNIA

 1.Door To Hell, Turkmenistan



Namanya sahaja sudah menyeramkan! Pintu ke Neraka atau Door to Hell adalah gelaran yang diberikan kepada satu kawah api yang dikatakan belum padam lebih 50 tahun yang lalu. Menurut BBC Travel, lokasi ini terletak di Kawah Gas Darvaza, Turkemenistan.

Laporan mengatakan bahawa kejadian ajaib ini berlaku pada tahun 1971, ketika pencarian sumber gas. Bagaimanapun, berlaku runtuhan tanah sehingga membentuk lubang itu. Kebakaran berlaku apabila seorang ahli geologi didakwa telah menyalakan salah satu lubang tersebut dan menyebabkan kawasan itu kekal terbakar sehingga kini.

Dec 8, 2024

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP4 - PAK KAMAT MENUNGGANG HARIMAU

 


KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP4 - PAK KAMAT MENUNGGANG HARIMAU

SUDAH lama saya tidak balik ke kampung. Kalau tidak ada hal mustahak memang jarang saya balik. Lagipun ayah saya sering mengirim surat memberitahu khabar berita di kampung. Bagaimanapun dalam bulan Ogos 1975 saya balik juga menemui kedua orang tua. Tergerak saja hati saya mahu balik menemui mereka.

Ketika saya balik emak saya masih dalam kesedihan. Heran juga saya mengapa emak dalam kesedihan kerana semasa mengirim surat ayah saya tidak ada memberitahu apa-apa tentang berita tidak baik.

Dec 5, 2024

NAJIS PALING MAHAL!!

 




Ini adalah tahi manusia yang paling besar yang pernah dijumpai dan masih terpelihara. Ia dikatakan dimiliki oleh seorang Viking yang sakit pada abad ke-9 Masehi dan kini bernilai $39,000!