MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

May 1, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP6 - MELIHAT JEMBALANG AIR

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1




SIRI 6 - MELIHAT JEMBALANG AIR

"Aku kenal kau," pekik datuk. Serentak dengan itu tempat manusia berkepala anjing terus ghaib. Datuk menang dalam perjuangan ini. Tapi datuk memang tidak menduga manusia yang jadi kepala anjing itu, adalah manusia yang dikenalinya. Dia pernah bercakap dengan orang itu. Memang di luar dugaan perkara itu boleh berlaku. Apakah orang itu melakukan semuanya kerana mahu membalas dendam. Persoalan ini timbul dalam kepala datuk sepanjang malam.

Sepanjang malam itu, datuk tidak tidur. Dia duduk termenung di anjung rumah hingga matahari pagi terbit di kaki langit. Cuma ada satu saja yang datuk rasa agak ganjil, setelah menemui manusia berkepala anjing dia tidak mendengar suara perempun menjerit atau menerima pengaduan dari anak buahnya sama ada mereka bertemu atau memburu manusia berkepala anjing.

GEYLANG SI PAKU GEYLANG (METAL VERSION) 2025


A.I PROJECT
SONG : GEYLANG SI PAKU GEYLANG
(METAL VERSION)

LYRICS : LIRIK ASAL

MUSIC ARRANGEMENT : SUNO AI


Apr 27, 2025

QOD ANSHOHA (DUET) : COVER - IDA UQLUBIL SYAFAATAH & NUR ISLAM MDDIN


Qod Anshoha (Duet) 2025

Cover By : IDA UQLUBIL SYAFAATAH 
&
NUR ISLAM MDDIN

Edit By ; BROPIAN

LANGSUIR IKUT BALIK!!

 

Padah tak baca doa memulakan perjalanan dan ayat Kursi, langsuir ‘ikut’ balik dari kampung! Mula ‘mengganas’ lepas 12 tengah malam


April 18, 2024

SELEPAS seminggu beraya di kampung halaman, Zulaika kembali ke rumah sewanya di Kota Kemuning, Selangor.

Perjalanan pulang ke rumah yang mengambil masa enam jam dari Ayer Keroh, Melaka gara-gara kesesakan lalu lintas ini cukup memenatkan badan.

Sejurus tiba di kediamannya, Zulaika membuka pintu rumah lalu menunduk untuk menanggalkan kasut yang dipakai dalam suasana yang gelap.

Sewaktu sedang mengurai tali kasut sneakers yang dipakai, dia merasakan seolah-olah ada tiupan angin sejuk melintas di belakangnya lalu masuk ke dalam rumah.

Zulaika kemudiannya mengalihkan pandangan ke arah ruang tamu yang dilengkapi dengan perabot seperti televisyen, coffee table dan sofa.

Apr 25, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP33 - MUKA SEBESAR TINGKAP MENJENGAH

 


TOK AWANG NGAH : EP33 - MUKA SEBESAR TINGKAP MENJENGAH

Ketika salakan anjing memanjang di tengah malam, Kasman masih menulis lagi di mejanya. Sekali sekala dia terkuap-kuap juga menahan rasa mengantuk, tetapi dia mahu siapkan juga kerja nya. Dia ditukarkan ke Sabah beberapa bulan sebelumnya dan berkhidmat di Labuan. Ketika ini masih banyak lagi masalah kerana masyarakat di Sabah belum dapat menerima kenyataan sebenarnya tentang negara baru Malaysia. Mereka menganggap orang dari Semananjung sama juga seperti bangsa Inggeris yang pernah menjajah negeri mereka.

Tetapi Kasman tidak peduli dengan kedudukan demikian. Dia mempunyai rakan-rakan baik serta ramah mesra di Labuan. Pernah juga dia menulis surat kepada saya mengenai keseronokannya berkhidmat di Sabah. Dari gambaran yang diberkannya teringin juga saya mahu ke Sabah, tetapi sehingga saat ini saya masih belum menjejakkan kaki lagi ke Sabah.