MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

May 27, 2025

Misteri Boneka Okiku

 

Misteri boneka Okiku. Patung yang rambutnya sentiasa tumbuh memanjang bagaikan manusia hidup

Sumber : <<<Mastika>>>
Mac 24, 2021

Ceritanya bermula sekitar tahun 1918 di Jepun.  Ketika itu seorang pemuda berusia 17 tahun, bernama Eikichi Suzuki tertarik dengan sebuah patung ketika berkunjung ke Sapporo.

Baginya, patung itu sangat cantik. Berwajah putih bagai porselin, bermata hitam pekat umpama mutiara hitam, berambut lebat paras bahu, tinggi sekitar 40 sentimeter dan memakai kimono.

Suzuki kemudian membeli boneka itu buat adiknya, Okiku. Seperti yang dijangka, Okiku yang berumur dua tahun sangat menyukai pemberian abangnya itu.

May 26, 2025

PART 3 : WAD 13 TIDAK WUJUD - PANGGILAN TERAKHIR (TAMAT)

 

PART 3 : WAD 13 TIDAK WUJUD - PANGGILAN TERAKHIR (TAMAT)

Selepas kematian pesakit di bilik 6B, aku dah nekad — aku nak tahu apa sebenarnya yang berlaku di hospital ni. Aku tak sanggup terus bekerja dalam ketakutan, malam demi malam diganggu oleh sesuatu yang tak dapat dijelaskan.

Aku mula selidik fail-fail lama. Aku berjaya masuk ke bilik rekod arkib dengan bantuan pembantu perubatan lama, Encik Hafiz. Dalam fail bertarikh 2003, aku jumpa rekod kejadian kematian jururawat bernama Siti Mariam, yang meninggal dunia semasa bertugas malam — jatuh ke dalam lif rosak di aras kosong.

May 25, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP38 - DITIMPA BADI RUSA JANTAN

 


KOLEKSI TOK AWANG NGAH : SIRI 38 - DITIMPA BADI RUSA JANTAN

Tergerak juga di hati Mail Togok mahu membawa isterinya Kimah balik sahaja ke rumah, tetapi bimbang jua dia kalau keluarga isterinya akan salahkan pula dia. Memanglah dia berhak pada diri Kimah sebagai isterinya, namun dalam keadaan Kimah terbaring di katil hospital, dia perlukan juga pandangan sanak saudara. Manalah tahu perkara buruk berlaku, tentu siapa pun tidak boleh disalahkan.

Sudah lama sangat Kimah terlantar di katil hospital sejak hampir sebulan dimasukkan ke wad. Terpaksa juga Mail Togok bawa isterinya ke hospital dengan tidak memberitahu sanak saudara terlebih dahulu. Manalah dia dapat menahan sabar tatkala Kimah mengerang-ngerang di tengah malam menangung sakit kepala.

May 24, 2025

Siapa Yang Menyerupai Kami Di Dorm Itu?

 


Diceritakan Oelh Sham, Kuala Lumpur

Julai 14, 2022

Sumber : <<<Mastika>>>

PERNAH tak anda mengalami kejadian aneh semasa menyertai kursus bina semangat? Rasanya ramai yang pernah alami benda-benda mistik begini. Saya antara yang turut mengalaminya.

Kejadian ini berlaku pada tahun 2010. Ketika itu saya menyertai kursus bina semangat di sebuah pusat latihan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung.

Selain saya, hampir 100 orang lagi kakitangan syarikat kami dari seluruh negara turut diarahkan menyertai kursus tersebut.

Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ditempatkan di blok dorm yang berbeza. Disebabkan saya agak `terkenal’ di kalangan semua kakitangan itu, mereka memilih saya untuk menjadi ‘Penghulu’. Penghulu dalam kursus ini bermaksud ketua.

Sebagai ketua, saya kena datang paling awal. Sebelum masuk waktu berhimpun, saya sudah terpacak dulu di padang kawad dan dalam dewan. Malam pula, saya pulang paling lewat selepas menyelesaikan pelbagai perkara.

Malam pertama, oleh kerana ada banyak perkara yang perlu dibincangkan dengan komandan kursus bersama fasilitatornya, saya pulang ke dorm agak lewat. Jam ketika itu menunjukkan hampir pukul 1.30 pagi.

Oleh sebab saya jenis selalu tidur sebelum pukul 11.00 malam, ia menyebabkan saya sukar untuk melelapkan mata. Saya hanya tidur dalam dua jam sahaja. Selepas itu, terus tidak boleh tidur semula.

May 23, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP12 - TOYOL JADI JADIAN

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1



SBDJ  (JILID 1) : SIRI 12 - TOYOL JADI JADIAN

"Kau orang jangan bercakap walau sepatah apapun," datuk mengingatkan kami. Dia maju selangkah ke depan. Saya perhatikan mata mayat itu lama‐lama. Saya terkejut, memang di bahagian mata itu terdapat lubang yang boleh mengeluarkan cahaya, kalau seimbas pandang lubang itu tidak mudah kelihatan terpelohong, kelihatan macam mata manusia yang sempurna.

Datuk undur ke belakang. Dia membuka baju dan mengenakan ke tubuhnya kembali dalam keadaan terbalik. Dari rusuk baju sebelah kirinya datuk mengambil sebatang jarum panjang. Mayat yang sudah berbau itu berpusing‐pusing di atas tanah. Datuk membaca mentera dan menepuk bumi tiga kali. Batang serai dibuang ke arah kanan manakala bulu burung gagak dipijaknya dengan kaki kiri.