May 13, 2025
Tukang Urut Hantar Khadam
Pekerja buruh sedap berurut, lama-lama rasa lain macam... Rupanya tukang urut sebenar hantar khadam, terkumat-kamit baca mentera
BEKERJA sebagai buruh di sebuah tapak binaan membuatkan badan Arman menjadi lesu dan sakit urat setiap kali selepas pulang kerja.
Untuk menghilangkan keletihan, dia akan mendapatkan khidmat urutan setiap minggu daripada tukang urut tua, Pak Ali yang tinggal berhampiran.
Pak Ali terkenal dengan sentuhan tangannya yang dianggap magis, menjadikan setiap sesi urutnya berakhir dengan pengalaman menyegarkan.
Namun, pada satu hari, Arman menerima berita yang mengejutkan apabila Pak Ali terpaksa pulang ke kampung di Gua Musang, Kelantan atas urusan keluarga.
Pak Ali bagaimanapun tidak mahu mengecewakan Arman justeru menyarankan tukang urut lain untuk menggantikan tempatnya.
May 12, 2025
Misteri Pemuda Ghaib Sekelip Mata
Misteri pemuda yang ghaib sekelip mata. Adakah itu ‘penghuni’ Bukit Dinding di Lenggong?
KALAU sebut pasal bunian, dari dulu lagi kita selalu dengar kisah berkaitan bunian ini. Ramai juga yang menceritakan pernah berjumpa dengan makhluk ini.
Lebih kurang 15 tahun lalu, saya pernah bertemu dengan ‘orang aneh’. Kisahnya, ketika itu pukul 11.00 malam, saya bersama isteri menaiki bas dari Hentian Duta , Kuala Lumpur utuk pulang ke rumah kami di Lenggong Perak.
Saya dan isteri duduk di kerusi kedua terakhir. Turut naik, tiga orang pemuda yang rupa paras mereka agak kacak. Ketiga-tiganya duduk di kerusi terakhir, di belakang saya.
Dalam perjalanan, sempat saya berbual dengan ketiga-tiga pemuda itu yang saya anggarkan berusia 20-an. Mereka memberitahu, mereka tinggal tidak jauh dari kampung saya. Saya menetap di Batu Puteri manakala ketiga-tiga mereka tinggal di Kampung Batu Dinding. Jarak kampung mereka itu dengan kampung saya lebih kurang 10 kilometer.
May 11, 2025
KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP36 - HANTU ANJING BUKIT MENGGANAS
Haji Sirat tenang sahaja menerima tentang perkabaran dari anaknya mengenai anjing kesayangan anaknya itu telah mati ditembak oleh Ketua Kampung.
Anjing Saleh anak kepada Haji Sirat adalah anjing yang penghabisan dalam kampung ini yang mati ditembak atas kehendak ramai setelah bermufakat di masjid dua minggu lalu.
Kampung ini sudah tidak ada lagi anjing. Anjing-anjing dalam kampung ini telah dikehendaki dihapuskan kerana sebilangan masyarakat dalam kampung ini berpendapat bahawa anjing-anjing dalam kampung ini telah dirasok hantu.
Memang tidak dapat dinafikan akan perkara ini dari kepercayaan cerita-cerita yang dikabarkan kerana anjing-anjing dalam kampung ini semuanya sudah menjadi garang, pantang saja terlepas dari tambatan terus meluru kepada orang samaada tuannya sendiri.
May 10, 2025
SBDJ (JILID 1) : EP10 - MENCARI HARTA KARUN
TAMAR JALIS
SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
JILID 1
SBDJ (JILID 1) : SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN
Lama juga datuk duduk berehat di tepi sungai. Dia membaca sesuatu dan mengambil seketul batu. Batu itu dilemparkannya ke dalam sungai. Saya diam saja. Biarlah datuk melakukan apa saja yang difikirkannya patut. Dalam keadaan yang tidak tentu arah itu, saya tercium bau yang cukup wangi. Saya kira kenalan baru datuk akan menjelma di depan kami. Bau wangi itu hilang, kenalan datuk tidak juga menjelma.
Saya terus melihat langit, matahari kain condong ke barat. Hati saya sudah menggelabah. Datuk masih juga tenang dan damai.
"Kita balik saja," datuk memberitahu saya. Cepat‐cepat saya anggukan kepala. Saya dan datuk berpusing‐pusing dalam hutan Hulu Kinta mencari jalan keluar. Kami tidak dapat menemui jalan yang mana kami lalu tadi, yang anehnay ialah sejauh mana kami bergerak, baik arah matahari jatuh atau matahari naik, kami akan sampai juga ke tepi tebing sungai, malah untuk sampai ke jambatan di sebelah hilir sungai kami tidak berdaya. Jambatan itu nampak dekat dan kami boleh melihat orang asli berjalan di atasnya, tapi kami tidak dapat menembusi hutan tebal untuk sampai ke jambatan. Berkali‐kali diusahakan untuk pergi ke situ tetapi kami gagal juga. Pergi balik pergi balik kami tetap berlegar‐legar di kawasan tepi sungai itu juga.