Malam makin dingin, wanita ’hanyut’ tidur dalam pelukan... Terkejut ketika bangun Subuh, baru sedar rupanya suami ‘night shift’
SEJAK berkahwin dua tahun lalu, Isya sudah terbiasa duduk bersendirian di rumah pada waktu malam.
Suaminya Azlan, yang bekerja di sebuah hospital di ibu negara sering bertukar-tukar syif kerja.
Ada kalanya dia bekerja siang hari, namun kebanyakan waktunya dia akan ditugaskan untuk syif malam.
Namun, ada satu kejadian yang menyebabkan Isya trauma sehingga dia terpaksa mengajak adiknya menetap bersama, sejak beberapa bulan lalu.
Pada satu malam, Isya bersendirian menonton filem di aplikasi perkhidmatan penstriman video berasaskan langganan sebelum dia masuk ke bilik tidur sekitar pukul 2 pagi.