MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

May 6, 2025

Misteri Perempuan Tua Di Sebalik Pokok Kemang

 


Diceritakan oleh Mohd Razip

Januari 6, 2022

Sumber : <<<Mastika>>>


PERNAH dengar pokok kemang? Selalunya orang panggil pokok binjai. Pokoknya tinggi merimbun, banyak cabang.

Orang tua aku panggil pokok kemang. Keluarga aku ada kisah dengan pokok ini. Masa aku kecil, pokok ni antara objek yang paling aku takuti. Bukan aku je, tapi budak-budak kampung semua takut dengan pokok ni.

Kampung aku terletak di Senggarang, Batu Pahat, Johor. Masa aku kanak-kanak dulu, ada sebatang pokok kemang yang besar terletak kira-kira enam tujuh meter dari jalan kampung kami. Pokok kemang tu menyimpan banyak cerita yang aku takkan lupakan sampai sekarang.

May 5, 2025

(DIKIR)Lawa Lava Lawa - Aris Kapilla & Jemy Intan Berlian


KOLEKSI DIKIR

SONG : LAWA LAVA LAWA

ARTIST : JIMI INTAN BERLIAN (JIB) & ARIS KAPILLA



Dengan Siapa Saya Bersembang???

 

“Ini memang rumah Pak cik Muin, tapi dah setahun dia meninggal.” Habis, dengan siapa saya bersembang tadi?

Catatan : Hanaffi Yusoh, Kota Bharu,Kelantan
Febuari 29, 2024

Kisah yang akan saya ceritakan ini sudah lama berlaku, hampir 20 tahun lalu. Waktu itu, saya membuka sebuah kedai makan di Kampung Kedai Lalat di Kota Bharu, Kelantan.

Kebiasaannya, pukul 11.00 malam saya sudah menutup kedai. Suatu malam, selesai mengunci kedai, saya pulang ke rumah dengan menaiki motosikal. Bagaimanapun, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah yang terletak kira-kira enam kilometer dari situ, saya ternampak seorang lelaki tua terbongkok-bongkok sedang melintas jalan.

Timbul rasa kasihan dalam hati. Saya memberhentikan motosikal betul-betul di hadapannya. “Nak ke mana, pak cik?” soal saya.

Nak balik rumah,” balas lelaki tua itu.

May 4, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP8 - MANUSIA BERKEPALA ANJING

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1



SBDJ (JILID 1)SIRI 8 - MANUSIA BERKEPALA ANJING

"Apa yang datang tok ?" tanya saya ingin tahu.

"Kau jangan banyak cakap," Datuk menyergah saya.

Mukanya kelihatan bengis. Masa itu datuk sudahpun mengenakan baju hitam, seluar hitam di badan. Kepalanya juga dililit dengan kain hitam. Dalam hati kecil saya timbul keraguan tentang diri datuk. Saya mengira dia ada hubungan dengan pengganas komunis. Kalau tidak masakan dia berani berjalan malam waktu zaman dharurat.

"Ke tepi," datuk menolak badan saya yang tercegat di muka pintu masjid. Saya tersungkur atas lantai.

May 3, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP34 - LIPAN BARA DI BAWAH MAYAT

 

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP34 - LIPAN BARA DI BAWAH MAYAT

Semasa hujan turun dengan lebatnya waktu asar petang itu, Tok Aji baru selesai menunaikan solat. Saya juga ikut berjemaah dengan dua tiga orang kawan, kerana Tok Aji memang menunaikan solatnya di madarasah. Disebabkan hujan turun dengan lebat, Tok Aji tidak terus balik ke rumahnya yang dipisahkan oleh halaman saja dari madarasah tersebut.

Tok Aji berbaring saja di tengah madarasah sambil melanggung tangan ke kepala. Ketika ini saya sudah berumur 13 tahun, memang suka benar berdamping dengan Tok Aji. Dia pula akan bercerita tentang pengalamannya semasa di Sumatera iaitu kampung halamannya. Bagaimanapun sehingga akhir hayatnya Tok Aji tidak pernah lagi balik ke Sumatera.