MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Apr 21, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP5 - BERJAGA DIHUJUNG JAMBATAN

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1


SIRI 5 - BERJAGA DIHUJUNG JAMBATAN

"Hai sahabatku, tunggu di sini, biarkan aku ambil kain kapan dan rambut perempuan, kemudian kau bawa barang‐barang itu pulang ke rumah kita kau tunggu aku di sana, aku tak boleh balik bersama, kerana banyak kerja yang mahu aku selesaikan," itulah yang dicakapkan oleh Anjang Dollah pada sahabatnya.

Anjang Dollah terjun ke dalam kubur. Dia mengambil kain kapan orang mati beranak dan rambut. Lama juga Anjang Dollah berada di dalam lubang kubur. Benda putih tanpa kepala dan kaki berlegar‐legar di tepi kubur. Kadang‐kadang dia nampak bagaikan duduk di akar pokok cempedak. Suara burung hantu kian gamat. Suara jampuk bersahut‐sahutan. Lolong anjing tingkah meningkah. Suara dahan kayu berlaga sama sendiri jelas kedengaran di rempuh angin malam. Ranting tua dan daun tua gugur ke bumi.

Apr 19, 2025

BELI OTAK-OTAK DAPAT BAKI DUIT DAUN KERING

 

Singgah R&R pagi buta, rupanya hutan! Beli otak-otak dapat baki duit daun kering, mujur tak sempat makan


MENEMPUH perjalanan jauh pada lewat malam sering kali dielakkan oleh kebanyakan pengguna jalan raya, khususnya mereka yang menunggang motosikal.

Selain khuatir dengan keselamatan diri kerana faktor persekitaran yang gelap atau risiko kenderaan 'meragam' di tengah jalan, satu lagi sebab mengapa ramai mengelak perjalanan pada waktu malam adalah kerana takut terkena 'gangguan'.

Ramai berkongsi kisah pengguna jalan raya yang 'diganggu' di media sosial, namun pengalaman yang dikongsikan oleh seorang wanita ini cukup membuatkan bulu roma meremang!

Menurut wanita yang menggunakan akaun TikTok @zierafaziera, kejadian berkenaan berlaku sekitar 2022, ketika dia dan suaminya menunggang motosikal dari Johor menuju ke Perak.

Apr 18, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP32 - LELAKI TUA MENUNTUT JANJI

 

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP32 - LELAKI TUA MENUNTUT JANJI

Malam tidak bercahaya kerana bulan tidak mengambang, Bila bulan mula menghujung, bulan akan mengambang apabila semakin dini hari. Sebab itulah orang-orang Islam percaya kiraan Tahun Hijrah lebih tepat dari Tahun Masehi, kerana edaran bulan mengikut kiraan Yahun Hijrah. Kita perhatkan sahaja apabila bulan purnama sudah tentulah pada setiap 15 haribulan Tahun Hijrah.

Tetapi orang-orang kita lebih mengikut Tahun Masehi. Disebabkan kita terikut-ikut Tahun Masehi sebagai tahun antarabangsa. Pada hal edaran bulan tidak langsung mengikut Tahun Masehi. Mungkin juga pengaruh penjajah yang menanam semangat kita sentiasa menghormati Tahun Masehi. Malah ramai dari orang-orang kita tidak peduli langsung mengenai kiraan Tahun Hijrah ini.

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP31 - KERETA JENAZAH BERGERAK SENDIRI

 

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP31 - KERETA JENAZAH BERGERAK SENDIRI

Sampai 3 hari bau minyak dicampur air mandi limau masih wangi sekali pun mandi digosok sabun. Haji Basar tahu minyak yang dicampur dalam air limau Ucu Semali sekadar minyak biasa yang di beli di kedai mamak. Apa sangat minyak wangi berkenaan kalau disapu pada kulit apabila dijadikan losyen semata - mata. Setelah dibasuh atau mandi, nescaya bau minyak berkenaan akan hilang serta merta.

Tetapi Ucu Semali bancuh minyak berkenaan dalam air mandi limau setelah menunggu malam diserkup sepi. Sebaik sahaja Ucu Semali memotong limau yang dipetik 3 biji pada satu tangkai, dia memberi isyarat supaya Haji Basar meletakkan duit sebanyak 25 sen ke dalam piring berisi limau berkenaan.