Singgah R&R pagi buta, rupanya hutan! Beli otak-otak dapat baki duit daun kering, mujur tak sempat makan
MENEMPUH perjalanan jauh pada lewat malam sering kali dielakkan oleh kebanyakan pengguna jalan raya, khususnya mereka yang menunggang motosikal.
Selain khuatir dengan keselamatan diri kerana faktor persekitaran yang gelap atau risiko kenderaan 'meragam' di tengah jalan, satu lagi sebab mengapa ramai mengelak perjalanan pada waktu malam adalah kerana takut terkena 'gangguan'.
Ramai berkongsi kisah pengguna jalan raya yang 'diganggu' di media sosial, namun pengalaman yang dikongsikan oleh seorang wanita ini cukup membuatkan bulu roma meremang!
Menurut wanita yang menggunakan akaun TikTok @zierafaziera, kejadian berkenaan berlaku sekitar 2022, ketika dia dan suaminya menunggang motosikal dari Johor menuju ke Perak.