MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Jan 8, 2025

Khasiat Pokok Letup-Letup (Passiflora feotida)

 



Passiflora feotida atau nama tempatannya pokok letup-letup berasal daripada keluarga yang sama dengan buah markisa iaitu Passifloraceae. Oleh sebab itu, letup-letup juga dikenali dengan nama lainanya iaitu buah markisa belukar. Namun ada segelintir yang mengenali tanaman ini sebagai buah ulat bulu disebab oleh fizikalnya yang dilindungi oleh kelongsong seperti ulat bulu. Sebenarnya, letup-letup punya banyak khasiat. Ia telah di amal sejak dahulu kala lagi. Kini ia bagaikan susah tidak wujud lagi. Sebab itulah tanaman ini dikategorikan sebagai buah eksotik. 

Budak 9 Tahun Warisi Saka Harimau

 


Terseksa budak 9 tahun warisi saka harimau! Minta pulut kuning, ayam bakar dan rokok - “Sebab moyang dulu-dulu, cucu cicit jadi mangsa”


Budak 9 Tahun Warisi Saka Harimau

HIDUP terseksa kerana saka!

Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun hidup dalam keadaan menderita apabila dia terpaksa mewarisi saka yang 'dibela' oleh nenek moyangnya.

Menerusi video tular, kanak-kanak itu dilihat seperti sedang dirasuk ketika dia dirawat oleh seorang pengamal perubatan Islam

Jan 6, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP10 - DIKEJAR ORANG TUA BERSERBAN KUNING

 



DEMIKIANLAH diberitahu oleh Meon kepada saya mengenai Ulung Bahar. Dari apa yang diceritakan oleh Meon itu saya dapati dia bukanlah orang dukun yang mengamalkan cara perubatan tradisional. Kalau dukun tentulah dia menggunakan ramuan seperti bunga-bunga, bertih direndang, kemenyan dan sebagainya.

Jan 5, 2025

The Last Warrior [Progressive Metal] (A.i Project)


Ini satu lagi project A.I aku.. korang layan lah ye.. 

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP9 - ORANG BESAR KENA SUNAT

 


SERBA salah juga Ulung Bahar kalau orang sudah datang memanggil di rumah. Kalau tidak pergi nanti dituduh orang mementingkan diri saja, kalau pergi pula kerja sendiri terbengkalai. Orang datang menjemput tidak kira siang atau malam. Walaupun diberi saguhati, tetapi tidak tergamaklah mengambil lebih. Takut juga dia akan tuduhan orang mengatakan dia bomoh cari wang.

Dia sendiri tidak mahu dipanggil bomoh. Ulung Bahar tahu dirinya bukanlah bomoh. Tetapi entah mengapa orang ramai menganggap dia seorang bomoh.