Ustaz tak cakap banyak, meluru ke arah pokok besar atas busut jantan depan rumah... Akhirnya misteri paha lebam terungkai!
RAMAI yang merancang ingin mengabadikan waktu persaraan dan usia emas di kampung halaman bagi menikmati ketenangan yang jauh daripada hiruk pikuk kota.
Begitulah hasrat yang disuarakan Adam kepada isterinya, Salmah sebelum ini.
Namun pasangan itu sama sekali tidak menyangka bakal berdepan mimpi ngeri.
Segalanya bermula selepas sebahagian tanah bersama dusun yang dibeli di Temerloh, Pahang diratakan untuk membina villa kediaman.
Apa yang pelik, semasa proses meratakan tanah seluas satu relung atau kira-kira 0.7 ekar tersebut dia dan isteri tidak mengalami sebarang perkara aneh bahkan urusan berkaitan pembinaan mudah dijalankan.