Ditindih lembaga hitam, adakah hantu tindih? Sleep paralysis? Atau…
Febuary 17,2022
SEWAKTU sedang lena tidur, Ishak tiba-tiba didatangi satu lembaga hitam yang berbulu lebat dengan pantas menerkam dan menindihnya. Ishak yang berusia awal 20-an, tidak mampu berbuat apa-apa.
Dia cuba bangun, tetapi gagal. Seluruh tubuhnya bagaikan ditindih satu beban yang amat berat. Kelopak matanya tidak berupaya dibuka walau sedikit pun. Dadanya bagaikan dihempap sebongkah batu. Nafasnya sesak.
Ishak tidak dapat bersuara, jeritannya tersekat di kerongkong. Hanya perasaan saja yang meronta sedangkan seluruh tubuhnya tetap kejang dan kaku. Hanya selepas membaca ayat-ayat suci al-Quran di dalam hati, barulah Ishak dapat menggerakkan jarinya. Sejurus jari itu digerakkan, beban yang menindih tubuhnya juga serta-merta hilang.