PART 2 : WAD 13 TIDAK WUJUD - JURURAWAT MALAM
Selepas
kejadian Wad 13, aku cuba anggap semuanya khayalan — mungkin sebab letih syif
malam, mungkin aku tersilap. Tapi dua minggu kemudian, sesuatu berlaku yang buat
aku yakin — ada sesuatu di hospital ni yang bukan manusia.
Malam
tu, aku bertugas semula di Wad 6 — wad biasa untuk pesakit tua. Sekitar jam 3
pagi, loceng panggilan kecemasan dari bilik 6D berbunyi. Tapi
bilik tu kosong, tiada pesakit sejak
tiga hari lepas.
Aku
pergi juga, mungkin loceng rosak. Bila aku buka pintu… lampu bilik tu terbuka sendiri. Di katil tengah, ada seseorang berbaring. Pakaiannya serba putih,
berselimut.