MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

May 19, 2025

Hantu Penunggu Rumah Sewa


 

 Hantu Penunggu Rumah Sewa

Di sebuah kawasan perumahan lama di pinggir Kuala Lumpur, terdapat sebuah rumah teres dua tingkat yang sudah lama kosong. Rumah itu disewa oleh pasangan muda, Farhan dan Aisyah, yang baru saja berpindah dari kampung ke ibu kota untuk mencari kerja. Mereka mendapat tawaran sewa yang sangat murah, dan tanpa banyak fikir, mereka terus memutuskan untuk tinggal di situ.

Namun, malam pertama mereka di rumah itu, sesuatu yang aneh berlaku. Ketika mereka baru sahaja mengunci pintu dan bersiap untuk tidur, mereka terdengar bunyi ketukan di dinding rumah. Awalnya, mereka beranggapan bahawa bunyi itu adalah akibat dari rumah yang sudah lama tidak dihuni. Tapi apabila ketukan itu semakin kuat dan jelas, Farhan menjadi agak terganggu.

May 18, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP37 - PAK HID MAHU MENIKAH DENGAN PONTIANAK

 


KOLEKSI TOK AWANG NGAH : SIRI 37 - PAK HID MAHU MENIKAH DENGAN PONTIANAK

Kesugulan jelas terbayang pada wajah beberapa orang penduduk Kampung Melang akibat ternakan mereka banyak mati terbunuh dalam keadaaan aneh. Bukan saja ayam dan itik mati di reban dengan dua tanda kesan taring di tengkoknya, malah kambing, lembu dan juga kerbau juga menjadi mangsa.

Binatang ternakan ini tidak dimakan dagingnya. Hanya kesan hisapan darah saja terdapat pada tengkuknya dari lubang yang disinggahi taring.

Kalau angkara binatang buas tentulah daging ternakan itu dimakannya. Pada mulanya mereka menyangkakan ular yang membuat angkara. Disebabkan tidak ada tertelan ayam atau itik berkenaan, lalu diluahnya semula. Ayam Sarit Jebang yang mula-mula sekali disedari menjadi mangsa tersebut.

May 17, 2025

Benarkah ‘Belaan’ Arwah Datuk Sudah Dibuang?

 

Benarkah ‘belaan’ arwah datuk sudah dibuang? Atau mungkin…

Diceritakan Oleh Hisham.. Ipoh, Perak
Oktober 8, 2021

Sumber : <<<Mastika>>>

ORANG zaman dulu sering diceritakan ada ‘belaan’ sama ada digunakan untuk membantu pekerjaan harian, menjaga rumah atau untuk tujuan perubatan. Salah satunya hantu raya.

Ini kisah yang berlaku dalam keluarga aku sendiri, bagaimana keluarga aku diganggu setelah arwah datuk aku meninggal.

Cerita ini dah lama, sekitar hujung tahun 90-an. Ketika itu aku masih remaja, berusia dalam 20 tahun. Ia bermula setelah arwah datuk aku (sebelah bapa) meninggal dunia.

Sebelum itu aku ceritakan serba sedikit latar belakang datuk aku yang tinggal di sebuah daerah di Perak. Datuk aku ni semasa hidup dulu boleh dikatakan bomoh terkenal juga. Ramai orang datang berubat dengannya.

May 16, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP11 - MENUNGGANG HARIMAU DITENGAH MALAM

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1


SBDJ (JILID 1) : SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DITENGAH MALAM

Tiba‐tiba Timah muncul dari bawah rumah. Rambutnya tidak terurus. Mukanya kelihatan pucat dan matanya nampak tidak bercahaya. Dia semacam takut saja melihat kedatangan kami. Ketua Kampung segera memberi tahu tujuan kedatangan datuk dan saya. Timah tersenyum lalu mempersila kan kami naik ke rumah.

"Minta maaf ye," kata datuk sambil memandang ke wajah Timah. "Rumah ini ada dua bilik, yang satu lagi untuk siapa?"

"Untuk …," Timah terdiam. Dia merenung muka Ketua Kampung. Melihat keadaan itu datuk tidak mengemukakan pertanyaan lagi.

"Memang rumah ini ada dua bilik, saya ingat kerana saya yang mendirikan rumah ini bersama arwah suaminya dulu," kata Ketua Kampung memberi penjelasan.

Ikhtiar Penyembuhan Penyakit

 


(AlMarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din)


1) - Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu.

 -Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.

 -Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.


2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.

 - Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel

 - Ambil & sapu pada bahagian yang disengat