MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Feb 22, 2025

COVER SONG - QOD ANSHOHA (COVER BY) IDA UQLUBIL SYAFAATAH


Qod Anshoha
Cover By : Ida@Uqlubi Syafatah

Edit by : Bropian WH

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP22 - MAYAT DIMANDI BINGKAS BANGUN

 

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP22 - MAYAT DIMANDI BINGKAS BANGUN

Ketika ini, kubur juga sudah siap digali sebelum masuk waktu zohor lagi. Mereka sudah tetapkan, jenazah mesti dikebumikan sebelum waktu zohor disebabkan sudah lama semalaman terbujur. Siak Deraman tidak mahu melambat - lambatkan mengebumikan jenazah setelah beliau diberitahu Mat Senik sudah meninggal dunia selepas maghrib. Semalaman pula mereka berjaga bersengkang mata membacakan ayat - ayat suci al quran di sisi jenazah secara bergilir - gilir.

Mereka semua mematuhi arahan Siak Deraman supaya jenazah Mat Senik dikebumikan dengan segera. Apalah gunanya menunggu hingga selepas waktu zohor kalau mahu kebumikan jenazah, dalam masa kubur sudah siap digali. Sebaik sahaja diberitahu supaya menggali kubur, lantas Surip Lekeh pagi - pagi lagi sudah menggalas cangkul dengan penyodok ke tanah perkuburan. mereka seisi kampung mesti bergotong royong menggali kubur apabila diberitahu ada orang yang meninggal dunia.

Feb 21, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP21 - LEMBAGA BERKELAHI SESAMA SENDIRI

 



MATAHARI sudah tergelincir hingga bayang pohon-pohon getah juga menjadi redup, semasa Pak Tua Mahat menyandarkan basikalnya di sebatang pokok getah tua. Dia memang tahu kebun getah kepunyaan Haji Mat Deman adik iparnya itu di darat kampung, kerana Ngah Jiyah sendiri memberitahu abangnya di kawasan kebun getah itu memang keras puakanya.

Tetapi Mat Deh tidak percaya sangat dengan cerita emaknya mengenai puaka di kawasan kebun getah itu. Ngah Jiyah percaya mengenai puaka di situ disebabkan kebun getah itu dibeli oleh suaminya semasa selepas Jepun memerintah.

Feb 20, 2025

POCONG MERAYAU DEPAN KEDAI

 


Pocong melompat bawah pokok, ‘merayau’ depan kedai makan... Peniaga warga emas menggigil disergah lepas Subuh


MENJADI rutin biasa sejak 30 tahun lalu, Cik Ani (bukan nama sebenar) akan membuka kedai makan miliknya seawal pukul 6 pagi setiap hari.

Meskipun usia sudah mencecah 55 tahun, Cik Ani masih gagah berniaga aneka menu sarapan di kedainya yang terletak di sebuah negeri di Pantai Timur.

Seperti kebiasaan, Cik Ani yang ditemani anak dara tuanya, Maslina, akan berangkat ke kedai itu seawal pukul 5 pagi untuk membuat persiapan.