MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Jan 5, 2025

The Last Warrior [Progressive Metal] (A.i Project)


Ini satu lagi project A.I aku.. korang layan lah ye.. 

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP9 - ORANG BESAR KENA SUNAT

 


SERBA salah juga Ulung Bahar kalau orang sudah datang memanggil di rumah. Kalau tidak pergi nanti dituduh orang mementingkan diri saja, kalau pergi pula kerja sendiri terbengkalai. Orang datang menjemput tidak kira siang atau malam. Walaupun diberi saguhati, tetapi tidak tergamaklah mengambil lebih. Takut juga dia akan tuduhan orang mengatakan dia bomoh cari wang.

Dia sendiri tidak mahu dipanggil bomoh. Ulung Bahar tahu dirinya bukanlah bomoh. Tetapi entah mengapa orang ramai menganggap dia seorang bomoh.

Jan 3, 2025

Kakak Nampak Opah, Muka Opah Hitam

 


"Cucu meracau lepas waktu maghrib, bapa tersuluh kelibat perempuan tua belakang rumah"


SELEPAS ibu meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu, rumah arwah di Temerloh, Pahang terbiar tanpa dihuni sesiapa.

Atas nasihat ahli keluarga yang lain, Johan membawa anak-anak dan isterinya pulang menziarahi rumah pusaka arwah ibunya itu pada cuti persekolahan Ogos lalu.