MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Mar 28, 2025

PEREMPUAN TANPA KEPALA DI HOSPITAL PERAK

 


ANGIN malam menceroboh masuk dari tingkap yang ternganga luas, lalu menghembus ke tubuh Haji Mohd. Yassin Haji Abu Bakar yang terlantar di katil. Kesejukannya menampar kulit, lalu Haji Yassin menarik selimutnya.

Dia memejamkan mata yang masih belum juga mengantuk, walaupun sudah merangkak ke pukul 12.20 pagi. Puas mengiring ke kiri, Haji Yassin kalih ke kanan, namun masih tidak dapat tidur.

Haji Yassin membuka matanya semula, dan…!

Mar 26, 2025

MISTERI AIR MENITIS DI BILIK SEWA

 

Misteri air yang menitis di bilik sewa

KISAH yang ingin saya ceritakan ini berlaku pada tahun 2007, sewaktu saya berhijrah meninggalkan kampung setelah mendapat posting untuk mengajar di Kuala Lumpur.

Saya menyewa bilik di sebuah apartmen berhampiran Ampang, Kuala Lumpur. Dapat kawan-kawan serumah yang satu kepala membuat hati saya lega dan seronok tinggal di apartmen lima tingkat itu, yang penghuninya kebanyakannya orang Melayu.

Tetapi, lebih kurang dua minggu tinggal di situ, saya mula mengalami keadaan aneh. Saya sering terdengar bunyi air menitik pada lewat malam.

Mar 23, 2025

ANAK MERACAU SELEPAS BUKA IKATAN KAIN KUNING

 

Tidak bertuan, keris peninggalan arwah bapa tiba-tiba berdiri sendiri... Anak meracau selepas buka ikatan kain kuning

SEMINGGU selepas Paksu Jusoh meninggal dunia, kediamannya di sebuah jajahan di negeri Kelantan mula sepi daripada kehadiran penghuni.

Selesai sahaja kenduri tahlil pada hari ketujuh, kesemua anak cucunya mula berangkat pulang ke rumah masing-masing.

Yang tinggal berdekatan hanyalah Mek Ani, anak sulung arwah Paksu Jusoh yang kini diamanahkan untuk menjaga rumah pusaka berkenaan.

Rumah papan di pinggir desa itu sememangnya sunyi kerana isteri arwah juga telah lama meninggal dunia.

Mar 22, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP26 - LELAKI TUA BERKEPALA BUAYA

 

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP26 - LELAKI TUA BERKEPALA BUAYA

SUDAH menjadi kebiasaan selesai sahaja Maghrib saya akan membaca Al-Quran menunggu masuk waktu Isya'. Berulang kali habiskan membaca tiga puluh juzu' Al-Quran itu semakin terasa terlalu kerdil diri sejak bertahun-tahun dulu. Memang isteri saya tidak akan mengganggu sekiranya saya masih membaca Al-Quran di dalam bilik sekalipun kawan-kawan rapat menelefon.

Disebabkan ayah saya menelefon, terpaksa jugalah isteri saya menjengah ke dalam bilik. Habis sahaja saya membaca Surah Al-Haqqah sebanyak 52 ayat itu tidak sempat saya mahu meneruskan membaca Surah Al-Ma'aarij sebanyak 44 ayat. Lantas saya keluar menyambut telefon dari ayah saya. Memang surah yang mempunyai ayat-ayat pendek itu saya habiskan tiga atau empat surah dari selepas Maghrib menjelang Isya' itu. Disebabkan isteri saya memberitahu ayah saya menelefon, segeralah saya menyambut telefon itu.